mattzzx Publish time 14-3-2024 02:46 PM

Remaja lemas mandi kolam tadahan bersama 6 rakan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1710396179_1710397028.jpg
Anggota bomba menaikkan mayat mangsa lemas di kawasan tadahan di Parit Shafiee, Parit Jawa, di sini. - Foto ihsan bomba

MUAR: Kegembiraan tujuh sahabat mandi di sebuah kolam tadahan di Parit Shafiee, Parit Jawa, di sini, semalam bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas,

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang apabila mangsa, 15, disedari hilang dalam kolam yang digunakan untuk tadahan air hujan bagi aktiviti pertanian di kawasan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Shahrizal Mohtar berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan, dengan operasi menggunakan teknik pencarian di permukaan di lokasi terakhir mangsa dilihat mandi.

"Selepas hampir lima jam, mayat mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter dengan jarak dua meter dari tebing.



"Maklumat kami terima, kolam tadahan itu pada asal mempunyai kedalaman paras pinggang, tetapi, didalamkan kepada tiga meter. Berkemungkinan, mangsa tidak menyedari kolam itu sudah didalamkan," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1223466/remaja-lemas-mandi-kolam-tadahan-bersama-6-rakan
Pages: [1]
View full version: Remaja lemas mandi kolam tadahan bersama 6 rakan


ADVERTISEMENT