mattzzx Publish time 14-3-2024 01:08 PM

Bufet Ramadan naik harga, rela terpaksa...

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm285mah_1710391785.jpg
HAZIZ Hassan (berdiri) melayani sekumpulan anak-anak yatim Yayasan Port Dickson di Majlis Berbuka Puasa di Hotel D'Wharf, Port Dickson malam tadi. FOTO Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Terpaksa naikkan harga bufet Ramadan susulan peningkatan harga bekalan barang mentah.

Perkara itu diakui Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan yang mengaku berlaku sedikit peningkatan pada harga bufet Ramadan ditawarkan tahun ini.

"Memang berlaku kenaikan harga bufet antara 10 ke 15 peratus di kebanyakan hotel di sini. Namun harga ditawarkan masih lagi berpatutan.

"Apa yang penting kita jaga kualiti kita kerana mereka (pelanggan) juga tahu menilai," ujar ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di HotelD'Wharf di sini, semalam.



Beliau berkata, sambutan orang ramai dan permintaan masih menggalakkan meskipun berlaku sedikit peningkatan pada harga bufet Ramadan tahun ini.

"Kebanyakan hotel sudah pun mendapat tempahan awal Bufet Ramadan daripada pelanggan terutama daripada syarikat yang mahu meraikan pekerja mereka.

"Kebiasaannya pada minggu pertama Ramadan, permintaan tempahan agak perlahan, tetapi kebanyakan hotel-hotel terutama di daerah ini ada pelanggan tetap mereka," katanya.

Menurutnya, tanpa adanya tawaran bufet Ramadan, agak sukar untuk pengusaha hotel memperolehi pendapatan berikutan tempahan mengadakan seminar atau kursus sepanjang bulan Ramadan agak berkurangan.

Katanya, pengusaha perlu terus tawarkan bufet Ramadan meskipun menyedari berdepan risiko tidak mendapat sambutan berikutan harga yang terpaksa dinaikkan kerana semua kos barang meningkat.

Sementara itu pada majlis berkenaan, seramai 30 anak yatim dari Yayasan Anak Yatim dan Yatim Piatu Port Dickson dan juga 20 anak dari PDK Bagan Pinang diraikan oleh Hotel D'Wharf.

Turut hadir, Pengurus Hotel D'Wharf, Andy Chong yang turut meraikan anak-anak istimewa ini berbuka puasa.

Sebaik berbuka dan solat Maghrib, mereka turut dihiburkan dengan persembahan Silap Mata, pertunjukan ular dan pertunjukkan 'Main Api' untuk kanak-kanak yang hadir sebelum mereka pulang.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069920/bufet-ramadan-naik-harga-rela-terpaksa

keranda.terbang Publish time 29-3-2024 02:22 PM

mmg mahai skrg
Pages: [1]
View full version: Bufet Ramadan naik harga, rela terpaksa...


ADVERTISEMENT