mattzzx Publish time 14-3-2024 10:25 AM

Lopes bawa Marinos ke separuh akhir

https://assets.bharian.com.my/images/articles/lopaefaf24t_1710378325.jpg
Pemain Yokohama F Marinos, Anderson Lopes meraikan jaringan ketika aksi Liga Juara-Juara Asia menentang Shandong Taishan di Stadium Nissan, Yokohama, Jepun. - Foto REUTERS

YOKOHAMA: Yokohama F Marinos yang bermain 10 orang mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia selepas jaringan voli Anderson Lopes memberikan skuad kendalian Harry Kewell kemenangan 1-0 ke atas Shandong Taishan, dan 3-1 secara agregat.

Katsuya Nagato dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua, dua minit selepas rehat aksi di Yokohama.

Gol minit ke-75 Lopes membawa mereka berdepan Ulsan Hyundai pada aksi separuh akhir 17 dan 24 April selepas skuad kendalian Hong Myung-bo menewaskan sebuah lagi kelab Korea Selatan, Jeonbuk Motors 2-1 secara agregat.

"Saya gembira ia berakhir. Kami bekerja keras sepanjang dua aksi ini. Mereka pasukan yang sukar, besar dan kuat.



"Saya tidak rasa kami mengambil jalan mudah tetapi tugas berjaya disempurnakan. Kami mencipta banyak peluang, terutama di babak awal perlawanan," kata Kewell.

Marinos akan beraksi di separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah kelab dan sukar ditandingi kelab dari Shandong itu.

Dalam aksi lain, kelab Arab Saudi, Al-Hilal akan berdepan Al-Ain dari Emiriah Arab Bersatu selepas menewaskan seteru Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.

Al-Ain sebelum itu menewaskan Al-Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1223303/lopes-bawa-marinos-ke-separuh-akhir
Pages: [1]
View full version: Lopes bawa Marinos ke separuh akhir


ADVERTISEMENT