mattzzx Publish time 14-3-2024 10:21 AM

Mbappe pastikan PSG ke separuh akhir Piala Perancis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-FRA-CUP-PSG-NICE_1710378703.jpg
MBAPPE (kiri) melepasi kawalan pemain pertahanan Nice, Dante pada aksi suku akhir Piala Perancis, awal pagi tadi. FOTO AFP

Paris: Kylian Mbappe kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama dan menjaringkan gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) menang 3-1 ke atas Nice di suku akhir Piala Perancis, awal pagi tadi.

Selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika seri 2-2 dengan Reims pada aksi Ligue 1, hujung minggu lalu, Mbappe disenaraikan semula sebagai satu daripada enam rombakan dilakukan jurulatih, Luis Enrique.

Dia membalas kepercayaan itu dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14 di Parc des Princes sebelum Fabian Ruiz menggandakan pendahuluan buat skuad tuan rumah.

Gaetan Laborde merapatkan jurang buat Nice sebelum rehat, tetapi pemain pertahanan Brazil, Lucas Beraldo menjaringkan gol pertama peribadi untuk PSG pada minit ke-60, sekali gus mengesahkan kemenangan mereka.


Selepas menduduki dengan kelebihan 10 mata di tangga teratas Ligue 1 dan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), keputusan terbaru ini bermakna PSG kekal berpeluang memenangi tiga gelaran musim ini.

"Jelas, pasukan semakin meningkat dan saya fikir kami akan terus meningkat," kata Enrique.

"Kami kini berada pada saat penting musim ini apabila memasuki fasa ketika dan masih berjuang dalam setiap kejohanan. Kami perlu kekal merendah diri dan cuba lebih kompetitif, tetapi kami berada pada prestasi hebat."

PSG yang memegang rekod dengan 14 kejuaraan Piala Perancis akan melayan Rennes pada aksi separuh akhir pada 3 April manakala Lyon melayan kelab bahagian dua, Valenciennes dalam satu lagi aksi separuh akhir.

PSG memenangi kejohanan itu enam kali pada dekat terakhir, tetapi gagal berbuat demikian dalam dua tahun terakhir dan aksi final akan diadakan di Lille pada 25 Mei.

Sejak mengumumkan dia akan meninggalkan PSG sebaik kontraknya berakhir pada hujung musim ini, Mbappe dikeluarkan awal atau bermula dari bangku simpanan dalam empat aksi terakhir Ligue 1.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1069844/mbappe-pastikan-psg-ke-separuh-akhir-piala-perancis
Pages: [1]
View full version: Mbappe pastikan PSG ke separuh akhir Piala Perancis


ADVERTISEMENT