mattzzx Publish time 14-3-2024 10:17 AM

Police Tero didakwa ‘kelab transit’?

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Police-Tero.jpg
SEBAHAGIAN pemain Police Tero kelihatan ceria sebelum berlepas untuk menyertai kem latihan di Johor Bahru. – POLICE TERO FC

KELAB Thailand, Police Tero FC terus menjadi ‘buah mulut’ peminat bola sepak negara apabila berkunjung ke Johor Bahru bagi menjalani latihan sepanjang tempoh rehat antarabangsa.

Pemilihan Johor Bahru pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan penyokong memandangkan ada segelintir peminat tempatan melabel Police Tero FC sebagai ‘kelab transit’ buat Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Hari ini, pemain dan kaki­tangan Police Tero berlepas untuk mengadakan kem latihan di Johor Bahru, Malaysia dari 13 hingga 21 Mac,” menurut ke­nyataan kelab itu.

Sebelum ini, Police Tero menjadi perhatian peminat bola sepak negara apabila mengumumkan Tan Cheng Hoe sebagai pengendali baharu mereka selepas bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu mengambil keputusan melepaskan jawatannya di Selangor.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Police Tero FC kini mengutip 20 mata dan berada di kedudukan 14 Liga 1 Thailand yang mungkin menyebabkan Cheng Hoe memiliki peranca­ngan tersendiri buat pasukan sepanjang berada di Johor Bahru.

Ini adalah kemunculan sulung Cheng Hoe sejak melepaskan jawatannya di Selangor dan pas­tinya mahu memanfaatkan tempoh rehat kali ini sebaik mungkin bagi mengembalikan prestasi ­sebenar Police Tero FC.

Berbanding Liga Malaysia (Liga M) yang hanya akan dimulakan pada Mei nanti, saingan Liga 1 Thailand kini berehat buat seketika bagi memberi ruang kepada skuad kebangsaan negara itu mengharungi persiapan sebelum menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/14/police-tero-didakwa-kelab-transit/
Pages: [1]
View full version: Police Tero didakwa ‘kelab transit’?


ADVERTISEMENT