faqihah82 Publish time 10-3-2011 03:32 PM

Tuntutan fasakh menantu Ketua Menteri Serawak disebut 24 Mac

http://img291.imageshack.us/img291/4291/bd07e3bee70911d9f5209e7.jpg


Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur hari ini. Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir (kanan) di No 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada 28 Februari lalu.Bagaimanapun, defendan yang merupakan timbalan pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini.

"Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya."Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah," kata Rafie.Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu."Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan," kata hakim itu. Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itudalam masa terdekat.Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rafie memberitahu, Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.

Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit.Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18.
   


kreadit to Malaysiakini

faqihah82 Publish time 10-3-2011 03:35 PM

http://img69.imageshack.us/img69/8282/menantu.jpg

Datin Seri Shahnaz Abdul Majid

faqihah82 Publish time 10-3-2011 03:36 PM

http://img145.imageshack.us/img145/6963/mnantu2.jpg

lana~yana~ Publish time 10-3-2011 03:56 PM

memang ada rupe sheila majid..hehehe

faqihah82 Publish time 10-3-2011 03:58 PM

Reply 4# lana~yana~


    ;P a'ah...tp tembam kan....shela majid cantik & comel...

lana~yana~ Publish time 10-3-2011 04:03 PM

Reply 5# faqihah82


    haah..tp cantik la dia ni dlm umur dia dh 48...hehehehe

faqihah82 Publish time 10-3-2011 04:09 PM

Reply 6# lana~yana~


    betul...betul...:D

edmundo Publish time 10-3-2011 04:42 PM

Smlm berita ckp 10 tahu tk dpt nfkah batin...
Kesian mkcik ni..:(

faqihah82 Publish time 10-3-2011 05:03 PM

Reply 8# edmundo


    sangap la tu ;P;P

mortrainey Publish time 10-3-2011 07:37 PM

aku pernah jumpa mahmud ni face to face..masa tu dia dtg kat tempat aku berkerja..lagi handsome kalau real life tak nampak 48 pun..tapi friendly and humble giler..xde lah nak berlagak tak tentu pasal, ckp pun ckp BM takde plak nak esksyen ckp BI ke hapa :)

immortallez Publish time 10-3-2011 08:15 PM

sekali tuntut total RM400 juta
just imagine berapa punya kaya mamat ni
tu baru anak Taib harta ratus juta
bapak dia yg dah berkuasa berpuluh2 tahun tu mau billion dia punya harta
ni kalau kat Mesir dah lama kena guling coz lama sgt berkuasa:lol:
Mahathir tu pun tak lama mcm Taib ni

maslo Publish time 10-3-2011 10:21 PM

aku pernah jumpa mahmud ni face to face..masa tu dia dtg kat tempat aku berkerja..lagi handsome kala ...
mortrainey Post at 10-3-2011 19:37 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Biasaklah nak ngurat hang atau pompuan kat opis hang....inie pon aku tenguk hang dah cair dah... ha..ha...:lol: :lol:

yayazz Publish time 11-3-2011 12:17 AM

Lamanya...tunggu 10 tahun baru nak tuntut fasakh...

makcik_timah61 Publish time 11-3-2011 01:34 AM

laaa... selama ni makcik ingat derang dah lama bercerai
mahmud dah kawin 2 kali lepas shahnaz
mahmud ni mmg handsome, nampak macam 30an jer
anak makcik panggil dia " Hot Uncle Mahmud"

redmoskito Publish time 11-3-2011 05:13 PM

lama gila x kasi nafkah batin..
ha kau skali tuntun berjuta2

munchkin Publish time 11-3-2011 08:56 PM

anak2 KM memang semua handsome2

rockkapak Publish time 12-3-2011 12:47 AM

Duit mano dpt banyak ni? Songlap balak ka???

cmf_picanto Publish time 12-3-2011 10:15 PM

400juta....?????? banyaknyer..... :funk:

abbysuria Publish time 13-3-2011 02:13 AM

terkejut den 400juta?????????????????

lailaisabella90 Publish time 13-3-2011 11:43 AM

banyak betul harta dia.....
Pages: [1] 2 3
View full version: Tuntutan fasakh menantu Ketua Menteri Serawak disebut 24 Mac


ADVERTISEMENT