maklukpenggoda Publish time 13-3-2024 11:53 PM

"Ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya"

Edited by maklukpenggoda at 14-3-2024 01:06 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah.
Bagaimanapun, kelibat Aliff, 33, tidak kelihatan.
Sebaik sebutan kali pertama kes berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.
"Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.
"Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar... Itu sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd Rais berkata, Aliff tidak hadir atas urusan penggambaran dan prosiding diteruskan, bulan depan.
"Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.
"Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik," katanya.
Sejak minggu lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.
Sumber Harian Metro dilapor berkata, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Rentetan insiden itu, Aliff dan Ruhainies masing-masing dilapor berjanji memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi terbabit. Namun, sehingga hari ini, baik Aliff mahu pun Ruhainies, masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi tercetus.
Sebelum ini, melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa JAWI ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.
Bagaimanapun, Aliff dilapor mengaku dirinya faham tanggapan yang timbul disebabkan apa yang berlaku menimbulkan syak wasangka yang boleh mendatangkan fitnah.
Aliff juga dilapor menafikan penjelasan yang bakal dibuat sebagai cuba menegakkan benang basah.
Sementara itu, Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dalam reaksi balas dilapor menjelaskan hubungannya dengan Aliff sekadar rakan artis dan mereka sedang menjalani penggambaran drama.
Ruhainies mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. Ruhainies juga dilapor meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Bella yang turut memegang watak dalam drama Jerat, dilapor menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama terbitan OrangeTree Production itu.
Difahamkan, keputusan itu dibuat susulan kontroversi membabitkan Aliff dan Ruhainies yang ditangkap khalwat, minggu lalu.
Bella dilapor berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama berkenaan, iaitu Datuk Seri Jaspal.
Dalam drama itu, Bella sepatutnya memegang watak perampas suami, iaitu watak dibawa Fendy Bakry daripada kakaknya, iaitu karakter dijayakan Ruhainies.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/03/1223047/bella-astillah-fail-cerai-secara-ekspres









noor2 Publish time 14-3-2024 04:07 AM

Marketing la sgtsapa yg kata marketing tu...sampai tuntut cerai terus Bella . Rasanya AA x kan terima kut tuntutan ni? Tapi mmg x baik untuk pembesaran anak2 bila suami kaki perempuan ni...

LembingDayanti Publish time 14-3-2024 05:21 AM

pasti bella batal fail cerai esok lusa hahahahhaa

manop Publish time 14-3-2024 09:12 AM

Putik + Kemut - Kemek = ?

Cassieopeia Publish time 14-3-2024 09:20 AM

nampak tekad dh bella ni. xpela anak2 perlu bapa yg baik utk membesar.

supernaturalee Publish time 14-3-2024 09:47 AM

"Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.

x ekspres sgt la ada passenger xde plk
lamberttt lagi

intan_smsb Publish time 14-3-2024 10:41 AM

masuk ni da 2 kali cerai la kan

seri_mawr Publish time 14-3-2024 11:12 AM

AA ni mmg sejenis x leh 1 perempuan gamaknya...

pantang ada artis semengah sikit berlakon dgn dia semua nak di scandal kan...
mmg jenis x leh di harap si AA ni...

mujur dgn si sofea x jadi gini....x sesuai langsung sofeah tu dgn dia...lawa kot sofea tu...

chandrahusin Publish time 14-3-2024 11:14 AM

Cerai express ni ptt nya bila 2 pihak dh setuju
pegi mahkamah hanya untuk rekod
ada org yg aku kenal laki dia ajak cerai
isi borang hari isnin online
rabu tu pegi mahkamah confirm cerai

manehnya Publish time 14-3-2024 11:20 AM

serai cepat sikit ... to the next plz

Shayang Publish time 14-3-2024 11:26 AM

Azmi mohd raid ni mcm biasa dengar nama dia. Sblm ni dia loyer sapa eh

Glass_shoes Publish time 14-3-2024 11:27 AM

Shayang replied at 14-3-2024 11:26 AM
Azmi mohd raid ni mcm biasa dengar nama dia. Sblm ni dia loyer sapa eh

Lawyer sol sol sol

epullipan Publish time 14-3-2024 11:47 AM

nampak manis sket si bella pakai baju kurung tudung bagai..cuma ade nampak mcm acik indon..tp tetap menarik:lol:

AWEKSAMURAI Publish time 14-3-2024 11:55 AM

noor2 replied at 14-3-2024 04:07 AM
Marketing la sgtsapa yg kata marketing tu...sampai tuntut cerai terus Bella . Rasanya AA x kan ter ...

Alahai benda pernah jadi .. talak ni ada 3 ye kali pertama dh guna dh n dh rujuk semula.
Ni bru masuk kali ke 2 ..takut raya tahun depan ber 5 plak

AWEKSAMURAI Publish time 14-3-2024 11:57 AM

chandrahusin replied at 14-3-2024 11:14 AM
Cerai express ni ptt nya bila 2 pihak dh setuju
pegi mahkamah hanya untuk rekod
ada org yg aku kenal ...

Kawan aku dgn laki aku cerai ekpres isi borang pagi tengahari dh bertalak tp kena dedua ada x perlu lawyer pun sebenarnya..bayar x sampai 200 pon

Dolmat Publish time 14-3-2024 12:01 PM

manop replied at 14-3-2024 09:12 AM
Putik + Kemut - Kemek = ?

= Pukemek....?

{:8_651:}

bottombikini Publish time 14-3-2024 12:03 PM

elok lah

tak lama lagi ada drama pakai selendang
dapat jemputan jadi panel forum wanita2
netz meratap hiba simbol sokongan
camtu ulang2 sampai AJM

maklukpenggoda Publish time 14-3-2024 12:27 PM

IbsaWulT92E

jambatannetizen Publish time 14-3-2024 12:29 PM

AWEKSAMURAI replied at 14-3-2024 11:55 AM
Alahai benda pernah jadi .. talak ni ada 3 ye kali pertama dh guna dh n dh rujuk semula.
Ni bru m ...

Kalau lepas ini sheols rujuk balik? Lepastu cerai buat kali ketiga. Kira talak 3 lah kan? Lepas talak 3, dah tak boleh bersama balik. Kalau nak bersama balik, bella kena kahwin dgn orang lain. Cerai lepastu baru boleh dgn alip.

TomyamPuteh Publish time 14-3-2024 12:30 PM

seri_mawr replied at 14-3-2024 11:12 AM
AA ni mmg sejenis x leh 1 perempuan gamaknya...

pantang ada artis semengah sikit berlakon dgn dia s ...

Si Mayonis tu semenggah ke? :funk:
Pages: [1] 2 3
View full version: "Ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya"


ADVERTISEMENT