CARI-HBZ Publish time 13-3-2024 09:23 PM

Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan – "Saya Buat Semuanya Dari Air Tangan Sendiri Tapi Tak Banyak"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/13/212049btkklakwgc7bfsrp.png





Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini.


Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/13/212115ecacs03dcyl5aqce.png



"Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.


"Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung)."


Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Absolute Bazaar yang berlangsung di MITEC, baru-baru ini.


Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain sibuk dengan perniagaan menjual kuih raya, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.


"Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya."


Sumber : OhBulan

matjerk Publish time 14-3-2024 01:20 PM

Jgn jual harga kayangan sgt tau..pastu bubuh dlm kotak yg murahan..pastu claim.."premium" premium lah sgt... kotak pun..lembik..keras lagi kotak kasut brand murah2....jgn begitu tau bella.. insYaAllah ramai support nanti

Suchi Publish time 14-3-2024 01:23 PM

Patut nampak dia buat kuih raya aritu, igtkan saja2 nk mkn. Sbb buat sblm ramadan kan.
Rupanya buat niaga.

EncikRhoma Publish time 14-3-2024 01:30 PM

Ye la tu resepi turun-temurun keluarga. Entah2 belajar dari youtube

kuzaime Publish time 14-3-2024 01:57 PM

Biskut yg homemade pun bukan semua kena ngan tekak, kdg rupa aje lawa bila masuk dlm mulut hampehh;P

alieyrina Publish time 14-3-2024 02:08 PM

Kuih raya aku kdg ada 2 jenis ja kt umah. Yg lain semua kerepek2. Malas nak beli kuih susah nkdpt rasa yg mcm dulu2

Jgn juai harga mcm cookies shuringai ritu harga x masuk akal

yum3 Publish time 14-3-2024 02:46 PM

biskut2 raya now ni hrga kayangan btl. Kalau gi raya umah org aku tak carikuih sekut raya ni. Aku cari mknan yg mengenyangkan.

Utkjimat kitorg beli kepek2 je.Tetamu lagi suka . Dri kuih raya, salu tak abis. Last3 bawa keopis je. Cehhhh

dewi_rina Publish time 14-3-2024 02:48 PM

Jangan jual harga T20 pulak, org B40 yg banyak support awak! Jangan ikut bff awak si shungai tu, jual harga t20.. Nak kaya cepat boleh beli rantai emas untuk anak.. Yg penting kalau pakai kena letak luar baju, kang org tak nampak

Darat sungguh perangai

dewi_rina Publish time 14-3-2024 02:50 PM

Edited by dewi_rina at 14-3-2024 06:51 AM

Btw gambar bawah tu tebalnya shading hidungggggg.. Terpacak hidungnya!
Choi citer dari kecik suka menyanyi, ni citer dari kecik suka buat kuih raya.. Mana satu ni nyah, banyak pulak masa ko nak menyanyi nak buat kuih raya lagi..

imransulaiman Publish time 15-3-2024 12:11 AM

Kenapa gambar last tu dah macam rupa Ruhainies?

noor2 Publish time 15-3-2024 03:34 AM

Terer ko dik...akak hanya tahu buat pisang goreng dan cokodok je...lain2 mmg aku failed dan malas nk belajar termasukla buat kek

Shayang Publish time 15-3-2024 10:50 AM

Edited by Shayang at 15-3-2024 10:52 AM

dewi_rina replied at 14-3-2024 02:48 PM
Jangan jual harga T20 pulak, org B40 yg banyak support awak! Jangan ikut bff awak si shungai tu, jua ...

Awal bulan 2 aritu nampak dia g singapore join expo halal kat sana so ada dia bawak biskut2 raya dia tu.
Biskut raya dia pun duk dlm botol mcm biskut raya normal lain.
Nampak mcm dia biasa meniaga dah sbb ada yg tanya laksa. Rupanya sblm ni dia selalu jual laksa kat havoc food festival.

Shu tu mcm tetiba je meniaga biskut raya, dah la mcm last minute.
Bukan jenis otak bisnes, kena byk belajar lagi atau boleh try bidang lain yg sesuai.


ninajaybee Publish time 15-3-2024 12:10 PM

Shayang replied at 15-3-2024 10:50 AM
Awal bulan 2 aritu nampak dia g singapore join expo halal kat sana so ada dia bawak biskut2 raya d ...

Maknya yg bantu sama.

gideoncross Publish time 18-3-2024 12:15 AM

Ni msa tngh limelight terang, kna lh cekup, boleh buat duit

red_velvet Publish time 18-3-2024 05:30 AM

Bagus kual kuih raya dari air tgn sendiri..bukan moq kilang pastu claim premium jual beratus ringgit..at lasthasil mahsulnye macam kibbles kucing je.. tak semenggah langsung ..pakkal rakyat jrlata tgh kesian so katup je la mulut walopon rupa kukisthailand timbang kilo

miss_strangers Publish time 18-3-2024 05:42 AM

Jangan Jual harga yahudi mabok pulak bella cm teman sejemaah ko tu.

makadek Publish time 18-3-2024 06:32 AM

Tak sambal.. Biskut brduyun la org membeli dek kesian dgn janda anak 2 terinaya... Laki pemburu sipap

epullipan Publish time 18-3-2024 08:39 AM

sedap ke air tangan dia?? by the way manis betul dia bertudung:loveliness:

matseh Publish time 18-3-2024 11:10 AM

simpati...

anilanil Publish time 18-3-2024 11:23 AM

Mohon dik bella jual biskut raya yg normal. Jgn jual biskut shelup shelup T20 yachh...
Pages: [1] 2
View full version: Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan – "Saya Buat Semuanya Dari Air Tangan Sendiri Tapi Tak Banyak"


ADVERTISEMENT