sfhzuraz Publish time 13-3-2024 06:23 PM

Cuaca panas 5 tan tembikai diedar percuma

Cuaca panas 5 tan tembikai diedar percuma


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 13, 2024 @ 6:07pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/tembikai_1710324447.jpg
Orang ramai mendapatkan buah tembikai yang diedarkan secara percuma oleh penganjur Karnival Mahabbah di Kepala Batas. - Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad



KEPALA BATAS: Cuaca panas yang masih melanda utara Semenanjung negara mendorong penganjur Karnival Mahabbah, di sini mengedarkan lima tan tembikai secara percuma kepada pengunjung sebagai juadah berbuka puasa.
Pengerusi penganjur karnival itu, Mohd Nazri Abdullah, berkata pihaknya membuat tempahan tembikai itu dari sebuah ladang di Pendang, Kedah pada minggu lalu.
Katanya, menjadi tradisi pihak penganjur pada setiap tahun memulakan karnival itu dengan acara simbolik yang diatur.
"Karnival Mahabbah ini adalah karnival yang menjual pelbagai barangan kelengkapan raya terbesar di utara yang dianjurkan pada hari pertama Ramadan hingga malam raya.
"Seperti biasa sebelum memulakan karnival, pihak kami mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki dengan pengunjung yang mana tahun lalu kami mengagihkan seekor ayam secara percuma.
"Kali ini pula, buah tembikai dipilih memandangkan cuaca panas dan berharap ia dapat dijadikan juadah untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, orang ramai beratur seawal jam 2 petang di belakang sebuah lori yang membawa 1,000 tembikai sebelum kesemua buah itu habis diagihkan dalam tempoh satu jam.
Mengulas lanjut, Mohd Nazri berkata, karnival itu yang diadakan di Bertam Square, di sini menempatkan 250 reruai yang menjual pelbagai jenis kelengkapan raya dari pelbagai jenama termasuk aneka kuih Aidilfitri.
"Pengunjung yang hadir dan berbelanja boleh memasuki acara cabutan bertuah yang disediakan dengan boleh memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik.
"Ia adalah program tahunan yang hingga sekarang menjadi tarikan kepada semua," katanya.
Cuaca panas 5 tan tembikai diedar percuma (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Cuaca panas 5 tan tembikai diedar percuma


ADVERTISEMENT