mattzzx Publish time 13-3-2024 12:30 PM

Pilj buruan terakhir import TFC

https://assets.bharian.com.my/images/articles/pilja13324_1710301842.jpg
Marin Pilj beraksi di bahagian tengah kelab Varazdin dalam liga Croatia. – Foto AGENSI

KUALA TERENGGANU: Pemain tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj menjadi buruan terakhir Terengganu FC (TFC) bagi kuota pemain import skuad itu musim 2024-2025.

Menurut sumber dalaman, pemain kelab Varazdin dalam liga Croatia itu hampir pasti menyarung jersi skuad Penyu musim ini.

Jelas sumber itu lagi, kini pihaknya hanya menunggu surat pelepasan daripada kelabnya dan kehadiran pemain berketinggian 1.65 meter itu ke bumi Terengganu sebelum diumumkan secara rasmi.

"Ya, kami berminat untuk mendapatkan pemain kelab Varazdin itu bagi memantapkan lagi jentera tengah pasukan mengharungi musim baharu ini, pemain itu juga menunjukkan minat untuk mewakili TFC dan sudah bersetuju menerima lamaran kami.


"Jadi kita tunggu dan lihat perkembangannya. Saya jangkakan jika semua dokumentasi selesai, pemain berusia 28 tahun itu akan bersama pasukan minggu depan.

"Kita harapkan kehadiran pemain yang sudah menyarung jersi lima kelab itu mampu memperkasakan lagi jentera tengah pasukan," ujar sumber itu ketika dihubungi.

Selain pemain itu, TFC mempunyai dua lagi tonggak import tengah iaitu pemain musim lalu, Nurillo Tukhtasinov serta bekas kapten Kedah Darul Aman, Manuel Ott.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222974/pilj-buruan-terakhir-import-tfc
Pages: [1]
View full version: Pilj buruan terakhir import TFC


ADVERTISEMENT