mattzzx Publish time 13-3-2024 12:19 PM

Peniaga yang masih jual vape berdepan tindakan tegas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AUSTRALIA-VAPING__281123n01_1710299951.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Reuters.

Johor Bahru : Peniaga rokok elektronik atau vape yang masih berdegil dan terus-menerus menjual produk terbabit di negeri ini, bakal berdepan dengan tindakan tegas dari pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, larangan penjualan vape di negeri ini termasuk peranti dan cecairnya masih berkuat kuasa sejak 2016.

"Johor antara negeri yang masih melarang penjualan vape dan kita memang ada terima aduan berhubung penjualan produk itu sepanjang tahun lalu, tetapi jumlahnya tidak terlalu banyak serta hanya membabitkan kawasan tertentu sahaja.

"Tetapi, asasnya, apabila terima aduan, penguat kuasa akan bertindak, termasuk membabitkan peniaga vape dalam talian, cuma setakat ini (dalam talian) susah untuk dikawal," katanya selepas melawat tapak Bazar Ramadan di Bandar Baru Uda di sini, semalam.



Mohd Jafni berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini akan terus memantau aktiviti penjualan vape bagi memastikan ia tidak berleluasa.

"Tindakan tegas mengikut undang-undang akan diambil khususnya apabila terdapat aduan diterima daripada orang awam.

"Kita nasihatkan peniaga untuk mematuhi apa yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069543/peniaga-yang-masih-jual-vape-berdepan-tindakan-tegas
Pages: [1]
View full version: Peniaga yang masih jual vape berdepan tindakan tegas


ADVERTISEMENT