mattzzx Publish time 13-3-2024 11:44 AM

Saarbruecken buat kejutan lagi dalam Piala Jerman

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jerma13324_1710298477.jpg
Pemain FC Saarbruecken, Amine Naifi (kiri) meledak gol penyamaan ketika menentang Borussia Moenchengladbach pada suku akhir Piala Jerman di Ludwigsparkstadion, Saarbruecken awal pagi tadi. – Foto REUTERS

SAARBRUECKEN, Jerman: Kelab divisyen tiga Saarbruecken menyumbat gol kemenangan pada masa kecederaan untuk mengejutkan Borussia Moenchengladbach 2-1 awal pagi tadi sekali gus layak ke separuh akhir Piala Jerman.

Tuan rumah, yang bangkit daripada ketinggalan satu gol berdepan kelab Bundesliga itu, turut menyingkirkan Bayern Munich dan Eintracht Frankfurt pada pusingan terdahulu pertandingan itu.

Pelawat mendahului awal menerusi rembatan leret Robin Hack tetapi ia hanya berakhir tiga minit apabila Amine Naifi menggunakan kesempatan susulan bola muntah sebelum merembat masuk dari jarak 18 meter bagi gol penyamaan pada minit ke-11.

Pemain Saarbruecken, Kai Bruenker kemudian meledak masuk pada masa kecederaan babak kedua menerusi percubaan dari dalam kotak penalti untuk mencetus pertembungan separuh akhir menentang Kaiserslautern.

Bayer Leverkusen berdepan kelab divisyen dua Fortuna Duesseldorf pada satu lagi separuh akhir bulan depan. – REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222936/saarbruecken-buat-kejutan-lagi-dalam-piala-jerman
Pages: [1]
View full version: Saarbruecken buat kejutan lagi dalam Piala Jerman


ADVERTISEMENT