mattzzx Publish time 13-3-2024 11:43 AM

Cheng Hoe, Police Tero jalani kem latihan di Johor

https://assets.bharian.com.my/images/articles/terop_1710301021.jpg
Pemain Police Tero bergambar sebelum berlepas ke Johor Bahru hari ini. - Foto FB Police Tero

KUALA LUMPUR: Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe, Police Tero FC akan menjalani kem latihan di Johor, bermula hari ini.

Perkembangan itu diumumkan kelab terbabit di laman Facebook mereka dengan kem latihan itu akan berlangsung selama sembilan hari di Johor Bahru.

Kelab Thailand itu turut memuat naik gambar barisan pemain yang berada di lapangan terbang, awal pagi tadi dipercayai sebelum berlepas ke Johor.

"Hari ini, pemain dan staf Police Tero berlepas untuk mengadakan kem latihan di Johor Bahru, Malaysia daripada 13 hingga 21 Mac," kata kelab itu.

Kelab Thailand itu dilihat menjadikan Johor sebagai lokasi kem latihan pusat bagi meningkatkan prestasi yang mana mereka ketika ini sedang bergelut dalam saingan Liga 1 Thailand.

Saingan liga berehat seketika bagi memberi laluan kepada persiapan pasukan kebangsaan Thailand menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula 18 hingga 26 Mac depan.

Hujung bulan lalu, Police Tero menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air apabila kelab itu mengumumkan Cheng Hoe sebagai pengendali baharu mereka.

Perkara itu diumumkan beberapa hari selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu membuat keputusan mengejut berpisah dengan juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor.

Police Tero menghuni tangga ketiga tercorot liga utama Thailand ketika ini selepas mengumpul 20 mata daripada 21 perlawanan yang sudah diharungi.

Sepanjang dua perlawanan di bawah kendalian Cheng Hoe, kelab itu meraih satu mata ketika terikat 1-1 dengan Nakhon Pathom sebelum tewas kepada Prachuap FC 0-2, Jumaat lalu.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222966/cheng-hoe-police-tero-jalani-kem-latihan-di-johor
Pages: [1]
View full version: Cheng Hoe, Police Tero jalani kem latihan di Johor


ADVERTISEMENT