sfhzuraz Publish time 13-3-2024 11:21 AM

Pemandu lari tinggalkan lori seleweng diesel bersubsidi

Pemandu lari tinggalkan lori seleweng diesel bersubsidi


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 13, 2024 @ 11:01ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/diselo_1710298854.jpg
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa keadaan tangki berisi diesel yang disembunyikan di sebalik kanvas lori yang ditinggalkan dekat sebuah kedai kpi dekat Bagan Lalang



BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori lari meninggalkan kenderaannya di tepi jalan bersebelahan kedai kopi dekat Bagan Lalang di sini sejurus menyedari kehadiran sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.
Curiga terhadap tindakan lelaki terbabit mendorong pasukan penguat kuasa itu menghampiri lori berkenaan sebelum membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan, berkata pihaknya melaksanakan Op Tiris 3.0 semalam melalui hasil maklumat risikan yang dijalankan berhubung kegiatan penyelewengan berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan terhadap lori diselubungi kanvas yang ditinggalkan itu mendapati ia membawa dilengkapi enam unit tangki berkapasiti 1,000 liter(I) yang diubahsuai.
"Ketika diperiksa, ada sejumlah 2,800 liter minyak diesel disyaki telah diseleweng bernilai RM6,020 dalam tangki berkenaan.
"Berikutan itu, minyak diesel itu termasuk dua set pam dan paip yang digunakan dalam kegiatan terbabit disita bagi tindakan lanjut
"Nilai sitaan keseluruhan barangan termasuk minyak diesel dianggarkan berjumlah RM27,620," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jegan berkata, pemandu lori terbabit dipercayai melarikan diri kerana tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran yang menyebabkan dia meninggalkan kenderaannya bagi mengelak ditahan.
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperoleh dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.
Pemandu lari tinggalkan lori seleweng diesel bersubsidi (bharian.com.my)





prettyuglybabe Publish time 13-3-2024 11:46 AM

cik mod, tak boleh ke seru admin dan rakan-rakan mod smod untuk buat pembersihan?
dari page 1 sampai ke hujung penuh spam..
apa guna jadi mod smod tapi takde masa nak pantau forum?
padan la forum makin lama makin sendu..

sfhzuraz Publish time 13-3-2024 11:48 AM

prettyuglybabe replied at 13-3-2024 11:46 AM
cik mod, tak boleh ke seru admin dan rakan-rakan mod smod untuk buat pembersihan?
dari page 1 sampai ...

kt bod mana yg ada spam.
klu kt bod lain sy xde boleh nk buat pembersihan.

prettyuglybabe Publish time 13-3-2024 11:51 AM

sfhzuraz replied at 13-3-2024 11:48 AM
kt bod mana yg ada spam.
klu kt bod lain sy xde boleh nk buat pembersihan.

tengok je kat new threads..
i tau memang mod luar kawasan tak boleh clear threads kawasan orang..
sebab tu i minta tolong mod seru admin mod smod lain untuk buat kerja mereka..

sfhzuraz Publish time 13-3-2024 11:54 AM

prettyuglybabe replied at 13-3-2024 11:51 AM
tengok je kat new threads..
i tau memang mod luar kawasan tak boleh clear threads kawasan orang..
...

sy ss dan ws kt admin ya.
biar dia tengok.


Pages: [1]
View full version: Pemandu lari tinggalkan lori seleweng diesel bersubsidi


ADVERTISEMENT