CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 11:07 PM

“Maaf Sebab Saya Kecewakan Kalian. Saya Mungkin Tak Dapat Keluarkan Lagu Raya Tahun Ini" - Aliff Syukri

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/230344uz6bqzjn9jq6tfdb.png





Berita gembira buat industri seni tanah air apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tidak akan melancarkan lagu raya tahun ini akibat menjadi mangsa penipuan seorang komposer yang tidak didedahkan identitinya.


Aliff, 37, berkata, lagu yang sepatutnya dilancarkan Aidilfitri tahun ini sudah menjadi milik orang lain dan perkara tersebut membuatkan hatinya remuk.


“Maafkan saya, komposer buat tahi. Curi lagu dan lirik beri kepada artis lain.


“Maaf sebab saya kecewakan kalian. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini untuk semua.


“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tak pernah menghargai bakat saya,” coretnya menerusi satu hantaran Instagram.


Jelas pemilik nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman itu lagi, dia terpaksa membawa diri ke luar negara untuk menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dihargai di tanah kelahiran sendiri.


“Saya terpaksa bawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.


“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu saya saya (tahun) ini,” ujarnya.


Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat secara sinikal berpura-pura sedih dengan perkhabaran tersebut.


“Malaysia berduka cita dengan berita ini Datuk. Saya jangka ramai yang tak nak beraya tahun ini,” cuit seorang netizen.


7216003040581618945


Terdahulu, Aliff tidak pernah gagal meluncurkan lagu raya yang mendapat kritikan ramai menerusi single berjudul Chu Ku Chuk Raya tahun lalu, Kelepok Raya (2022) dan Lala Raya (2021).




Sumber – KOSMO! ONLINE

buragazz Publish time 13-3-2024 01:13 AM

Tak perlu mintak maaf tok kami sebenarnya dah pakat2 nak buat kenduri kesyukuran sebab atuk tak jadi keluar lagu.. sebab sekarang ramai kes bunuh diri segala takut dengar lagu atuk naik statistik bunuh diri

j3m4h Publish time 13-3-2024 03:44 AM

Anggap je tok lip di ambang sendu…hade ku kesah ke tok ade lagu ke hidok…

Carcosa Publish time 13-3-2024 05:32 AM

Alhamdulillahhhh.. Termakbul doa ku

damian_lee Publish time 13-3-2024 05:35 AM

marketing je ni?

ada mentioned
saya terpaksa keluar negara mereka lebih hargai bakat saya?

tell me which negara yang heols letupan?

story me now

Suchi Publish time 13-3-2024 05:43 AM

Malaysia berduka cita:(

Tak seronoklah camnih, bistu sapa akan jadi penyanyi nomer 1?

ReginaGeorge Publish time 13-3-2024 06:08 AM

Raya ni pasti sunyi tanpa lagi dari toklip :$

Hoola Publish time 13-3-2024 06:24 AM

rkyt malaya sujud sukurrr
tanpa kemurugan dan dosa thn ini
sukurrrrrr

syazwan92 Publish time 13-3-2024 07:59 AM

Alhamdulillah...a good news for all Malaysian {:1_555:}{:1_555:}

meah_kelabu Publish time 13-3-2024 08:17 AM

tah iye la tu
ke dah semekin skrg
mcm dh sendu je bisnes latokkk

AbukRokok Publish time 13-3-2024 08:52 AM

xpnah dgr pun lagu raya deme

amon_79 Publish time 13-3-2024 10:40 AM

Alhamdulillah...byk pahala datuk tahun ni mengelakkan org mengutuk, mengumpat dn mengeji

beni_nikaido Publish time 13-3-2024 11:20 AM

mana nak beli level konpiden sebegini tinggi ye?

smeetasmitten Publish time 13-3-2024 11:29 AM

Momod kenapa tak block yahudi jual ubat tu? Rimas lah

ninajaybee Publish time 13-3-2024 03:35 PM

Korang percaya ke? Ni semua part of marketing.

ninajaybee Publish time 13-3-2024 03:35 PM

Korang percaya ke? Ni semua part of marketing.

chandrahusin Publish time 13-3-2024 04:07 PM

suka hati Dato lah
bkn ada kesan pd kami pun

cik_ingeniare Publish time 13-3-2024 04:09 PM

sorry dato.. tak pernah teringin nak layan lagu lagu dato nyanyi:I

dua_chzy Publish time 13-3-2024 05:38 PM

Oh kecewa sangat!

sukanyanyi Publish time 13-3-2024 05:44 PM

Datuk ni buat lawak la pasal bakat n peminat kecewa.. comel pulak.. isk2..
Pages: [1] 2
View full version: “Maaf Sebab Saya Kecewakan Kalian. Saya Mungkin Tak Dapat Keluarkan Lagu Raya Tahun Ini" - Aliff Syukri


ADVERTISEMENT