sfhzuraz Publish time 12-3-2024 10:39 PM

Penunggang motosikal sengaja cetus kemalangan ada 13 rekod jenayah

Penunggang motosikal sengaja cetus kemalangan ada 13 rekod jenayah


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 12, 2024 @ 10:09pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/sengaja_1710252544.jpg
Foto tangkap layar tular lelaki yang didakwa sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya di sekitar kawasan bandaraya, dengan niat mahu meminta sejumlah wang. - Foto ihsan pembaca



GEORGETOWN: Polis sudah menahan lelaki yang dikesan terbabit dalam insiden sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya dengan niat mahu meminta wang sebagai gantirugi.
Penganggur berusia 41 tahun itu ditahan jam 7.43 malam di Changkat Bukit Gambir 1, Gelugor di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 13 rekod lampau iaitu lima membabitkan jenayah manakala lapan berkaitan kes dadah.
"Kita sudah lengkapkan kertas siasatan serta serah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan lanjut.​"Susulan itu, kita terima arahan bagi mendakwa suspek di mahkamah pada Khamis ini mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahad lalu, BH melaporkan gambar dan video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang juga penunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan bertindak melanggar sebuah kereta sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.
Penunggang motosikal itu dikatakan meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta dengan alasan cermin sisinya patah akibat insiden berkenaan.
Penunggang motosikal sengaja cetus kemalangan ada 13 rekod jenayah (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Penunggang motosikal sengaja cetus kemalangan ada 13 rekod jenayah


ADVERTISEMENT