CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 06:39 PM

Bella Astillah Tarik Diri Dari Drama Terjerat - "Terima Kasih Datuk Sri Jaspal, Terima Kasih Kerana Memahami"


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/183905q5a262705x2a95oj.png







Pelakon Bella Astillah dipercayai telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran.


Biarpun tiada sebarang pengesahan daripada Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, namun posting terbaharunya seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.'


“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.


“Panjang umur dan ada rezeki , kita bekerjasama lagi,” tulis Bella dalam Instagramnya sebentar tadi.


https://www.instagram.com/p/C4ZhIZ9xqWx/?img_index=1


Mengesahkan lagi penarikan dirinya daripada drama yang turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies apabila Bella memuat naik gambar bersama penerbit drama Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.


Selain itu, Bella turut memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.


Rata-rata pengikut Bella menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila pelakon jelita itu dikeluarkan daripada senarai pelakon.


Namun, ada juga peminat yang memahami tindakan Bella meminta untuk menarik diri kerana enggan terus bekerjasama dengan Ruhainies.


Terdahulu, Aliff dan Ruhainies telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu lalu di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.


Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.




Sumber – KOSMO! ONLINE

katak hijau Publish time 12-3-2024 07:27 PM

Mcm mana la berlakon dgn bini sendiri tp pastu bersekedudukan dgn pelakon wanita dr drama yg sama

anony-mous Publish time 12-3-2024 07:49 PM

katak hijau replied at 12-3-2024 07:27 PM
Mcm mana la berlakon dgn bini sendiri tp pastu bersekedudukan dgn pelakon wanita dr drama yg sama

I pon baru tau bella ada blakon skli. Kesian jgk tp aa rasanya xkn brubah

gekkou Publish time 12-3-2024 07:54 PM

meanwhile, yang kena tangkap aman2 hidup kerja
sepertinya tiada apa2
rasa malu jauh sekali
dikata pula hanya fitnah
patut bella stay saja berlakon
itu kan punca rezeki kamu
tunjukkan kamu kuat sudah
kalau ada scena tampar
tampar kuat2 budak berdua tu
kalau tak ada scena tarik rambut
request dgn pengarah utk ubah script

Nham22 Publish time 12-3-2024 07:57 PM

Kdg2x paham gak aku permainan orang industri ni.... Tgk bella yg jd mangsa tp yg buat hal releks2x ja mcm xde ape2x... Eh kabel ape R ni gune... Sekejap sgt crite die tenggelam... Yg AA ni pon 1 hal... Die punyela releks nak mampussss.... Ehh gile laaaaa...
Jgn marketing strategy sudahla....

Kurex Publish time 12-3-2024 07:57 PM

laki bini berlakon kaku kayu kayan

DeLuna85 Publish time 12-3-2024 08:01 PM

Kesian. Faham juga la kenapa sampai tarik diri. Tak mampu nak berdepan. Bukan dia yang salah tapi dia yang malu.

jihah_kudat Publish time 12-3-2024 08:05 PM

bukan drama ni je..drama2 akan datang pun sila tarik diri jugak..jangan berlakon lagi..jadi je duta produk lepastu join talkshow2 kewanitaan untuk kekal relevan..

Belibis Publish time 12-3-2024 08:12 PM

DeLuna85: Kesian. Faham juga la kenapa s ...
Biasanya ayat klise pelakon,' kami profesional'. Tak campur adukkan hal personal dengan hal kerja..takziah bella,dapat somi camtu.

carlalily Publish time 12-3-2024 08:20 PM

Dia mcm ko n husband dlm opis yg sama tibe husband ko kena tangkap basah ngan minah opismate yg selalu buat baik ngan ko. Eh mcm familiar plk cite ni. Tapi kalau jadi Bella pun mmg takleh nk hadap jugak duduk sekali satu meja ngan penyondol bertalam

sambaldurian Publish time 12-3-2024 08:38 PM

Aiyoh klu kt korea ni yg ada 'skandal / cerita sensasi akan digugurkan. Ganti dgn muka lain. Tp inikan Msia costly pulak kt production team , nk hire pelakon ganti. So diteruskan shj.

bukan_ustazah Publish time 12-3-2024 08:39 PM

Laki bini patut kena pangkah je oleh penerbit pengarah setiap kali berlakon mesti ada issue. Orang lain berlakon aman aman je. Tak professional ..

Claudia_Lestat Publish time 12-3-2024 09:00 PM

Kesian dia yg kena tarik diri. Takpe bella satu rezeki hilang nanti dapat yg lain.
Yg penting skang mental dan diri sendiri.

cawanmilosuam Publish time 12-3-2024 09:35 PM

jihah_kudat replied at 12-3-2024 08:05 PM
bukan drama ni je..drama2 akan datang pun sila tarik diri jugak..jangan berlakon lagi..jadi je duta...

ok setuju,.sbb bila dia bcakap terus hilang comelnya, terus hilang selera aku nk tgok drama tu... hahahaha

ninajaybee Publish time 12-3-2024 09:47 PM

gekkou replied at 12-3-2024 07:54 PM
meanwhile, yang kena tangkap aman2 hidup kerja
sepertinya tiada apa2
rasa malu jauh sekali


Kemek punya watak ialah perampas laki Kemut si Putik. Katanya ada scene Kemek minta maaf kat Kemut.

jihah_kudat Publish time 12-3-2024 09:55 PM

cawanmilosuam replied at 12-3-2024 01:35 PM
ok setuju,.sbb bila dia bcakap terus hilang comelnya, terus hilang selera aku nk tgok drama tu......

hahahaha lagi2 cerita dgn zamarul tu aku tak nampak dia berlakon..nampak macam jadi diri sendiri..;P sebab tu nampak real..

lucky_peace Publish time 12-3-2024 10:06 PM

La, dia pon berlakon dlm citer tu.

belon_cumil Publish time 12-3-2024 10:09 PM

Tindakan yang tepat Bella, Insya-Allah ada rezeki lain menanti. Seolah-olah situasi lebih kurang mcm ni taw, orang lain hutang dgn ai, ai yang segan nak tagih hutang tu.

Run away bella, tinggalkan Alif tu... ai rasa selama ni bella pertahan rumahtangga demi anak2. Tapi ... this time enough bella ... Aliff is too much.In the other side, biarkan ummi Alif berrdoa siang malam utk anaknya ... she will always be ur MIL...

Peachlilac Publish time 12-3-2024 10:33 PM

hopefully this is a wake-up call for her. dah2 la tu makan hati tunggu jantan mcm tu berubah. she's more than capable to earn her own money. move on jalan terus bella. Anggap la Allah nak selamatkan you drp terus jadi bodoh

AreYou.69 Publish time 12-3-2024 10:38 PM

bukan_ustazah: Laki bini patut kena pangkah j ...

Tu la tu..
Production pun xtau nk kata apa
Skrip lakonan mmg cinta bersegi2..
Xbg tarik diri

Kang nnt dikatanya xde hati perut

Last2 benarkan la utk tarik diri even yang buat palat tu rilek2 je duduk berlakon lagi..

Next time artist lain plak buat hal blh tiru contoh ni

Klu xbagi nnt dia ckp la xde timbang rasa..so nk tak nk tetap kena bagi tarik diri

Oh senangnya hidup! Hahaha
Pages: [1] 2 3
View full version: Bella Astillah Tarik Diri Dari Drama Terjerat - "Terima Kasih Datuk Sri Jaspal, Terima Kasih Kerana Memahami"


ADVERTISEMENT