CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 06:32 PM

Buka Cafe Di Indonesia, Iedil Dzuhrie Ulang-Alik KL-Jakarta Sepanjang Ramadan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/183046yk58vv96p5rnnv00.png



Selain sibuk menjalani penggambaran Ramadan ini, pelakon Iedil Dzuhrie kini rancak menguruskan kafe bersama isteri di Jakarta, Indonesia yang beroperasi beberapa bulan lalu.


Disebabkan itu, dia terpaksa kerap terbang ke Indonesia bagi memastikan perniagaan mereka berjalan sempurna di sana.


“Saya masih sibuk Ramadan kali ini dengan penggambaran siri Astro berjudul Kiblat Ke Syurga dan dalam masa sama berulang-alik dari Malaysia ke Jakarta, Indonesia.


“Ini kerana saya dan isteri baru sahaja mengusahakan sebuah kafe yang dinamakan Casatopia di Indonesia.


“Baru enam bulan dibuka dan saya agak stres kerana kami belum mempunyai pengurus kafe, jadi saya buat semua sendiri,” kongsinya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Tengku Iedilzuhrie Putra Tengku Alaudin, 40, juga menguruskan rumah produksi miliknya dan isteri, Prisia Nasution yang dijangka mengeluarkan beberapa naskhah filem tahun ini.


“Saya dan isteri juga baru memulakan rumah produksi sendiri juga di Jakarta iaitu Casa Dream Studio yang bakal melancarkan dua filem dan satu siri tahun ini.


“Ada juga projek antarabangsa dengan saya menggalas tanggungjawab sebagai penerbit merangkap pengarah, manakala isteri akan menjadi pengarah bersama,” ujarnya lagi.


Iedil mendirikan rumah tangga Prisia Wulandari Nasution yang juga bintang Indonesia pada 2016 dan memilih menetap di negara itu.


Penghijrahannya juga disebabkan dia mahu mengembangkan sayap lakonan ke negara jiran.


Sumber – KOSMO! ONLINE

GegarVaganja Publish time 12-3-2024 06:55 PM

Ayoo.
Kot ye pun cerita la details pasal cafe kau tu bang.
Lokasi kat mana, makanan apa jual.
Marketing maa.
Kalau ambience cafe best, nak la jugak try melepak situ kalau ke Indonesia.

:curse:

markonahlah Publish time 12-3-2024 07:14 PM

baru tahu dia dh tukar nama from iedil putra to iedil dzuhrie

aina_shaira Publish time 12-3-2024 07:20 PM

Nape lah ramai perempuan Melayu yang liberal, awek indon jugak yang di pilih nya. Macam lah diorang boleh get along. He deserves better yang educated :lol:

selipar_hijau Publish time 12-3-2024 07:24 PM

Sape ni nyahhhhh

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 08:05 PM

Aku suka dia ni berlakon best lagi satu dia ni xde lah mcm arwah Ashraf Sinclair dlu kwen dgn org indon terus x reti ckp malay dh ..slang indon ..dia ni okey je balik Malaysia ckp melayu sini...balik indon berlakon kat sana ckp indon

rayna_raynes Publish time 12-3-2024 08:09 PM

Ohh dia dgn wife dia owner casatopia rupanya.

rayna_raynes Publish time 12-3-2024 08:11 PM

GegarVaganja replied at 12-3-2024 06:55 PM
Ayoo.
Kot ye pun cerita la details pasal cafe kau tu bang.
Lokasi kat mana, makanan apa jual.


Cafe dia kat area Cilandak, area perumahan dan ofis ofis. Food asian fusion.

lasagnaklcc Publish time 12-3-2024 08:15 PM

Dia ni low key je. Gossip jarang dgr, takde la gebang sana sini tau² promote filem baru.

sarah_ary2 Publish time 12-3-2024 08:29 PM

Mata dia kenapa? Sebelum ni nampak ok je

anilanil Publish time 12-3-2024 08:35 PM

Terbayang pulak pet kesayangan dia yg bela dlm rumah tu. Ntah le yindon. Ko dah berpeluk, bercium anjir pastu ko nak serve food & beverage kat cafe ko pulak. Citer pasal anjir, si raja hangrii tak buka slot pre order rendang lagi ke?

bawaku_terbang Publish time 12-3-2024 08:39 PM

dia acah acah A lister x mcm kawan dia seripah tu

kaedahnya Publish time 12-3-2024 08:41 PM

dia ada vibe nasir bilal khan time muda dulu.

DottieDot Publish time 12-3-2024 08:43 PM

GegarVaganja replied at 12-3-2024 06:55 PM
Ayoo.
Kot ye pun cerita la details pasal cafe kau tu bang.
Lokasi kat mana, makanan apa jual.


Kannn !! Aiyooo.. Btw seronok tengok dia ni.. Kawin dengan wife Indo.. Nampak best je lifestyle dorang.. Kuat dengan jati diri..

Mimo.mimo Publish time 12-3-2024 08:46 PM

40 dah eh umur dia. Rasa macam muda lagi

DottieDot Publish time 12-3-2024 09:07 PM

AWEKSAMURAI replied at 12-3-2024 08:05 PM
Aku suka dia ni berlakon best lagi satu dia ni xde lah mcm arwah Ashraf Sinclair dlu kwen dgn org in ...

Kannn !! Rileks je, dahle dedua laki bini pun sejenis nampak moden tapi masih kuat jati diri dalam masa yang sama..
Dia berlakon pun ye nampak natural je..

cm_vungtau Publish time 12-3-2024 09:32 PM

Selalu kalau kawin perempuan indo mesti perempuan indo tu yang jaga kedai. Kalau pergi oversea, cari kedai halal ke, ada la perempuan indo kawin lelaki local jaga kedai. Diorang rajin kerja kot.

Perawankota Publish time 12-3-2024 09:38 PM

sarah_ary2: Mata dia kenapa? Sebelum ni na ... rasa mcm dari lahir kot.. Sebab time berlakon Sah2 dorg make up kasik tak nampak tanda tu..

mzzenma Publish time 12-3-2024 09:42 PM

meolls masa tengok la luna mcm confuse ni dia ke bukan dia ke. Google2 mmg dia. Nampak lain pula rupa dia jadi ustaz fauzi.

Teringat dia dgn bini dia kan yang berlakon interchange. Best cerita tu walaupun meolls tak berapa faham sgt..

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 09:43 PM

DottieDot replied at 12-3-2024 09:07 PM
Kannn !! Rileks je, dahle dedua laki bini pun sejenis nampak moden tapi masih kuat jati diri dalam ...

Tu lah aku minat dia lama dh dlu mati2 aku ingat dia pelakon Indonesia..dia mcm keith foo x pekat Indonesia dorang
Pages: [1] 2 3
View full version: Buka Cafe Di Indonesia, Iedil Dzuhrie Ulang-Alik KL-Jakarta Sepanjang Ramadan


ADVERTISEMENT