CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 06:26 PM

"Tipulah Lagi, Aku Bagi ‘Kaw Kaw’.. Dapatlah Saya Duit Raya Lebih Tahun Ini" – Aaron Aziz

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/182527qo65oiflo931euf3.png





PUAS menahan sabar, pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya membuat laporan polis terhadap empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan menggunakan namanya.


Kata pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 48, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengambil kesempatan itu perlu diberi pengajaran.


Assalamualaikum, siapa yang lihat hantaran saya pagi tadi (semalam), saya sudah buat laporan polis. Scammer ada di mana-mana sekarang ini.


“Nak hidup senang tanpa usaha. Kepada empat akaun ini korang tunggulah nasib kau. Dapatlah saya duit raya lebih tahun ini,” katanya dalam hantaran dalam Instagram.


Pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi video menunjukkan salinan laporan polis yang difahamkan dibuat di sebuah balai polis di Lembah Kelang, semalam.


Menerusi rakaman video terbabit, dia menyatakan tindakan tersebut diambil sebagai usaha mengekang kedegilan scammer berterusan menipu orang ramai.


Dalam hantaran lain, Aaron menzahirkan perasaan kesal apabila sikap diamnya sebelum ini membuatkan penipu besar kepala.


Situasi berkenaan mendorong pelakon kelahiran Singapura itu meneruskan tindakan undang-undang.


https://www.instagram.com/p/C4XxAbevcH9/


“Dulu kau buat aku diam, bagi kau peluang minta kau sedar sikit. Hari ini kau buat lagi.


“Esok (hari ini) mula Ramadan bulan baik, tapi esok juga kau akan aku bagi ‘kaw kaw’.


“Jangan anggap sikap baik hati aku sebagai satu kelemahan,” luahnya lagi.


Menerusi semakan dalam ruangan komen menunjukkan nama, wajah serta identiti pelakon bertubuh sasa itu digunakan tanpa izin untuk mempromosikan pelbagai produk.


Sumber - HIBGLAM

cmf_premierleag Publish time 12-3-2024 07:09 PM

Ala rempit low classsnya la datuk sorang ni
Ye le..bini ko pun sama datin rempit kan

katak hijau Publish time 12-3-2024 07:25 PM

Tak pernah minat dgn dia ni apatah lagi lakonan nya

markonahlah Publish time 12-3-2024 07:37 PM

Poyo poyo poyo

ezacbee Publish time 12-3-2024 07:45 PM

Nampak kurus lak..

Biasalah ala2 gangster kununnn..

{:smileo

anony-mous Publish time 12-3-2024 07:45 PM

cmf_premierleag replied at 12-3-2024 07:09 PM
Ala rempit low classsnya la datuk sorang ni
Ye le..bini ko pun sama datin rempit kan

Dia ni jgn bg main phone sbb bahasa rempit xpadan dgn status datuk & bapak org, rupa x seiring prangai

cmf_premierleag Publish time 12-3-2024 08:56 PM

anony-mous replied at 12-3-2024 07:45 PM
Dia ni jgn bg main phone sbb bahasa rempit xpadan dgn status datuk & bapak org, rupa x seiring pra ...

Dia acah2 jd malek in real life yg dlm kl gengstot tu la
Tp dia lupa, yg tu dlm filem je jd malek
Kat luar ni ko tu ada title dato..terus nmpk.low class dan rempit sgt budak flat spore nih

Carcosa Publish time 12-3-2024 10:27 PM

Dah kurus dah si pendatang asing ni, haha.
Bahasa tu eloklah sikit kalau ye pun. Tau lah marah. Awak tu retis asing. Kang ditegur, ckplah, kami juga manusia. Yelah, takkan binatang berckp pulak.
Ko retis, ramai orgkenal, anak ko pun kecik2 sekolah
lagi, buat caption elok2 lah sikit

prince_marhaen Publish time 13-3-2024 09:05 AM

banyak sangat berlakon filem rempit, bahasa pun acah2 rempit gangster ada backup tiga line apa lanjio semua...geli ye.. elok2 dah established pelakon (walaupun kayu kayan kepit mulut)....dengan jual segala mala pod vape pulak, gantung2 vape.... aiyooo... datuk apa ni nyehhhh...datuk undergound keeee.... ;P ;P ;P

KamikuP Publish time 13-3-2024 11:06 AM

Lelaki rempit adalah lelaki yg gantung vape kat leher - mcm dia ni dan shaeziy sam ekekekek

She-Ra Publish time 13-3-2024 11:16 AM

kwn iols kerja bank negara pun byk je muka dia dlm entah apa2 iklan
dia dh buat report, still ada jgk...
muka dia pegang duit, byk masuk ke iklan2 MLM, founder itu ini.. scammer tak pasti
lepas report & masih ada je org pergunakan muka dia, makanya dia setakat tulis jela kt social media supaya tak tertipu dgn gambar itu.. tujela yg mampu dia buat

iols ada la terbaca status AA ni, tu pun sb kwn iols pegi tag nama kt komen si mamat Izfairin (Gambit Saifullah) hahahaaa.. dia selit komen "jangan marah2 sayang (emoji kiss)" hahahhaaa..watak iz merasuk diri hahahaa
Pages: [1]
View full version: "Tipulah Lagi, Aku Bagi ‘Kaw Kaw’.. Dapatlah Saya Duit Raya Lebih Tahun Ini" – Aaron Aziz


ADVERTISEMENT