mattzzx Publish time 12-3-2024 03:27 PM

Lelaki bergelar 'Datuk' dibebaskan dengan jaminan polis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm285datuke_1710225710.jpg
ZAKI Harun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang lelaki bergelar 'Datuk' yang dikehendaki polis kerana disyaki melakukan jenayah ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 56 tahun itu, telah direman selama dua hari bermula semalam.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan hari ini, beliau berkata reman lelaki itu berakhir hari ini dan polis tetap meneruskan siasatan kes berkenaan.

"Kami cuba untuk sambung reman lelaki itu, tetapi mahkamah tidak membenarkannya," katanya.


Muhamad Zaki berkata lelaki itu berkemungkinan mempunyai kes-kes lain yang berkait untuk disiasat dan diselesaikan.

Semalam, polis telah menahan seorang lelaki di simpang empat Binjai, di sini, pada kira-kira 6 pagi ketika sedang memandu kenderaan secara bersendirian.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069334/lelaki-bergelar-datuk-dibebaskan-dengan-jaminan-polis
Pages: [1]
View full version: Lelaki bergelar 'Datuk' dibebaskan dengan jaminan polis


ADVERTISEMENT