CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 01:30 PM

“Tidak Manis, Tak Beradab. Berkawan Baik Dengan Isterinya, Tapi..." - Ellie Suriaty Sekolahkan Ruhanies

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/133026adjhlf7gds98di9s.png



Terpanggil bersuara, pelakon Ellie Suriaty menyifatkan Ruhainies sebagai wanita tidak beradab kerana mengkhianati kawan baik sendiri iaitu Bella Astillah selepas ditangkap khalwat dengan suaminya, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.


Ujar Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 54, Ruhanies tidak patut melakukan perkara sedemikian selain perlu berfikir panjang dalam setiap tindakan.


“Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali.


“Kawan baik itu langsung tidak tahu apa-apa. Itulah bentuk pengkhianatan dan kecurangan yang zalim daripada seorang kawan baik,” ujarnya menerusi ruangan komen dalam Instagram sebuah portal hiburan.


Tambah Ellie lagi, orang ramai tidak layak menuding jari dan meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas Bella kerana sering memberikan peluang kepada Aliff meskipun sudah dicurangi beberapa kali.


“Kasihan Bella, orang sana sini kecam dia sebab selalu bagi peluang pada suami walau dicurangi berkali-kali.


“Ini bukan sebab bodoh atau tak fikir waras, ini kerana seorang isteri yang sabar ada ganjaran pahalanya.


“Bella seorang isteri dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. Biarlah dia buat keputusan sendiri dengan mengadu kepada Allah melalui solat hajat dan istikharah.


“Siapa pula kita orang nak menghentam dia sebab selalu ‘back up’ suami,” tulisnya panjang lebar.


Tidak habis di situ, bekas isteri kepada pelakon Azri Iskandar itu menerusi satu lagi komen berkata sebagai anak seni, perlu ada batas pergaulan sewaktu berlakon dan tidak berlebih-lebih sehingga menimbulkan perasaan tidak sepatutnya.


“Itu jenis kawan yang tiada perikemanusian, tiada hati perut. Sangat biadab perangainya muat naik video mesra luar biasa di lokasi penggambaran, ‘feeling-feeling’ dengan suami kawan baik.


“Selalunya kami yang bekerja dalam industri, jaga ruang dengan rakan pelakon terutama pelakon lelaki itu suami kepada kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar kena propa konon-konon nak kena ‘feel’ terlebih antara dua orang hero dan heroin?


“Yang ‘feel’ terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera ‘roll’, bukan personaliti diri kita yang take over the role. Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak ke laut. Saya seorang guru lakonan,” ujarnya tegas.


Terdahulu, Aliff dan Ruhainies yang digandingkan dalam drama Terjerat ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.


Sumber : Kosmo Online

kakJOYah Publish time 12-3-2024 01:51 PM

Betul sangat kata2 nek ellie
Harap nek ellie sound sekali alip takguna tu
Sekarang ni jantan takguna tu tengah acah2 berdrama propa konon takut/tertekan dengan bininya yang kaki control sampai tercurang berkali2
semua salah bini, padahal dia ketua keluarga

babelina Publish time 12-3-2024 02:23 PM

masalah nya.. dua2 ekor mcm xde benda jer.. mcm xde malu.. mcm tangkap khalwat tu mcm satu perkara kna saman.. byr saman jer la.. gitewwwww

Fly_over Publish time 12-3-2024 02:35 PM

semoga ruhainies ditemukan dgn ellie dlm drama. diganyangnya betul2 dak ruhainies ni :lol:

marchikobonzo Publish time 12-3-2024 02:40 PM

Meols setuju 100% ngan nek ellie..tolong la ambik gambar nek ellie yang current & elok..apoo guna gambar lama dia yang kepam tu

sukanyanyi Publish time 12-3-2024 02:47 PM

Edited by sukanyanyi at 12-3-2024 02:52 PM

"Siapa pula kita orang nak menghentam dia sebab selalu ‘back up’ suami,” tulisnya panjang lebar. -- siapa kita ye kak ellie? sebagai fan la jgk kpd peah, memang saya biased against bellastillah ni lepas kes yg lalu yg mana dia hanya salahkan 1 pihak, kak ellie. nak kata apa, kak ellie? i'm sorry...not!

sukanyanyi Publish time 12-3-2024 03:07 PM

"Yang ‘feel’ terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera ‘roll’, bukan personaliti diri kita yang take over the role. Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak ke laut."

-- ok, part ni boleh nak salahkan aktres tu (aku sanggup salahkan peah dulu sbb mungkin dia yg terfeel kat alep n dia blakon pon kayu la juga). kes yg itu tak dapat dibuktikan alep tu tak bersalah sbb nampak cam peah je yg call dia berkali2. TETAPI kes yg sekarang ni... runes tu ke yg colek si alep tu bawak ke kondo dia, haaaa? mamat tu takde kaki??

sukanyanyi Publish time 12-3-2024 03:14 PM

ayat2 kakak ellie ni mcm lebih kepada salahkan runes. don't get me wrong, aku sket pon tak minat runes (dulu ade kwn aku ckp dia lawa; aku cam, really??) tp kalo balik2 jantan ni can get away with it, agak geram juga la... sbb kali ni hello, dua2 salah, sah2..

sukanyanyi Publish time 12-3-2024 03:21 PM

ok last -- "Tidak manis, tak beradab. Berkawan baik dengan isterinya, tapi bawa balik suami kawan baik itu ke rumah berkali-kali." -- eh hello, alep tu kucing, 'bawa balik'? ke dia kena drugged, pastu runes bawak dia balik dlm keadaan tak sedar, mcm dalam drama2 melayu cliche engkorang tu??

becir Publish time 12-3-2024 03:30 PM

peah dlm thread ni ke?

:lol:

maitang Publish time 12-3-2024 03:40 PM

betul la macam kucing dia ikut balik.

syamzana Publish time 12-3-2024 03:40 PM

becir replied at 12-3-2024 03:30 PM
peah dlm thread ni ke?

ahahahaha....tersakiti kot:lol:

syamzana Publish time 12-3-2024 03:42 PM

kakJOYah replied at 12-3-2024 01:51 PM
Betul sangat kata2 nek ellie
Harap nek ellie sound sekali alip takguna tu
Sekarang ni jantan takguna ...

ni ke alasan dia curang berkali2??? :huffy
ape ke bebal sgt...cerai je la kalau rasa terkongkong, bknnya pompuan nak kene tggu laki lafaz baru blh lepas tak pun jenuh berabes pitih tuntut kat court.

pokokmeranti Publish time 12-3-2024 03:46 PM

tak sengaja terrrrrrcinta suami org...nak buat macam mana. lain la terrrrcintaaaa bini org. mana boleh.

kakakgarang Publish time 12-3-2024 03:46 PM

becir replied at 12-3-2024 03:30 PM
peah dlm thread ni ke?
hahahahaahah terasa acik porem atas uollsssss

dewi_rina Publish time 12-3-2024 03:53 PM

Harap nek ellie sound alip, berlakon buat cara berlakon takyah feeling lebih
Ni tengah2 drama dah buat hal, pastu bini buat kecoh dah satu keje

becir Publish time 12-3-2024 04:01 PM

syamzana replied at 12-3-2024 03:40 PM
ahahahaha....tersakiti kot

Kan..dahla newbie

becir Publish time 12-3-2024 04:02 PM

kakakgarang replied at 12-3-2024 03:46 PM
hahahahaahah terasa acik porem atas uollsssss

cara mengomen macam take it personal sgt dah kenapa..musykil iols :lol:

Hypothetically Publish time 12-3-2024 04:04 PM

syamzana replied at 12-3-2024 03:42 PM
ni ke alasan dia curang berkali2???
ape ke bebal sgt...cerai je la kalau rasa terkongkong,...

Bella mcm jadi tempat dia bernapak balik di msia, lepas tu back to his old habit, like the saying goes a leopard will not change its spots.Alasan mcm ni sgt lah lame for a lame person with a die hard habit dah ko curang dgn dia berkali2 , ko expect dia jadii a trusful wife.

prettyuglybabe Publish time 12-3-2024 04:09 PM

dah kenapa yang pompuan je kena kiri kanan?
yang jantan haprak tu apasal tak hentam sekali?
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: “Tidak Manis, Tak Beradab. Berkawan Baik Dengan Isterinya, Tapi..." - Ellie Suriaty Sekolahkan Ruhanies


ADVERTISEMENT