mattzzx Publish time 12-3-2024 01:30 PM

Ugut polis bantuan, penjual besi buruk didenda RM3,500

https://assets.bharian.com.my/images/articles/mahkamah_ketuk_4_1710221029.jpg
Gambar hiasan

JEMPOL: Mahkamah Majistret Bahau hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau tiga bulan penjara jika gagal membayarnya kepada seorang penjual besi buruk atas kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang polis bantuan pada tahun lalu.

Majistret Norshazwani Ishak menjatuhkan hukuman itu kepada B M Krisnan, 56, selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Krisnan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan perkataan ugutan 'saya tembak you' dan 'bakar pos pengawal' kepada seorang lelaki berusia 20 tahun.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam 7.15 malam 28 Januari 2023 di hadapan sebuah pos kawalan polis bantuan di sebuah ladang di Bahau.



Justeru, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala tertuduh diwakili peguam, Paul Krishnaraja.

Sebelum itu, Paul dalam rayuan memohon mahkamah mengenakan denda minimum dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh.

Katanya, Krisnan bukan saja perlu menyara keluarganya, tetapi turut menjaga dua kakaknya termasuk seorang kurang upaya (OKU).
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1222621/ugut-polis-bantuan-penjual-besi-buruk-didenda-rm3500
Pages: [1]
View full version: Ugut polis bantuan, penjual besi buruk didenda RM3,500


ADVERTISEMENT