mattzzx Publish time 12-3-2024 11:35 AM

Pochettino tuntut Chelsea bersatu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/poche12324a_1710211680.jpg
Jaringan Cole Palmer (tengah) mencetus kebangkitan Chelsea ketika menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

LONDON: Mauricio Pochettino meminta peminat Chelsea supaya mempercayai pemainnya selepas kemenangan 3-2 ke atas Newcastle awal pagi tadi membolehkan The Blues menghidupkan sisa peluang untuk layak ke kancah bola sepak Eropah musim depan.

Pochettino berdepan tentangan terbuka daripada kalangan penyokongnya sendiri selepas seri 2-2 di Brentford dua minggu lalu.

Bekas bos Tottenham Hotspur itu mengalami musim pertama yang sukar di Stamford Bridge, termasuk kekalahan pada final Piala Liga di tangan skuad Liverpool yang agak tempang bulan lalu.

Chelsea kekal di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris, namun menghampiri empat mata berbanding West Ham di tangga ketujuh, yang sepatutnya boleh meraih sekurang-kurangnya tempat ke Liga Konferens Europa.



"Kami perlu bersatu," kata Pochettino, pasukannya berdepan Leicester pada suku akhir Piala FA Ahad ini.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/poche12324b_1710211682.jpg
Penyerang Chelsea, Nicolas Jackson (tengah) meraikan gol pertamanya menentang Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Hingga ke akhir kami perlu berjuang untuk cuba memberikan yang terbaik kepada peminat kami. Ia membantu sedikit hari ini kami menjaringkan gol sejak awal, peminat bagus dan menyokong kami. Mereka perlu percaya terhadap kami."

Kekalahan ke-12 Newcastle musim ini menyaksikan The Magpies hanya satu mata di depan Chelsea di tangga ke-10.

Tekanan turut memuncak buat pengendalinya Eddie Howe ketika Newcastle gagal meneruskan rentak cemerlang apabila mereka berakhir di tangga keempat musim lalu sekali gus layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

"Ketiga-tiga gol adalah serupa dengan ciri-cirinya. Kami tidak mempertahankan situasi itu dengan cukup baik dan jika anda berbuat demikian anda akan tewas dalam perlawanan," kata Howe.

"Saya sedar kami boleh mencapai tahap yang tinggi seperti sebelum ini, tetapi kami tidak melakukannya dengan kerap." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222533/pochettino-tuntut-chelsea-bersatu

Supersirap Publish time 12-3-2024 11:42 AM

Tanhniah semalam menang ke atas newcastle
Pages: [1]
View full version: Pochettino tuntut Chelsea bersatu


ADVERTISEMENT