sfhzuraz Publish time 12-3-2024 11:08 AM

Warga Thailand gagal seludup 14,000 pil dadah

Warga Thailand gagal seludup 14,000 pil dadah

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

12 Mac 2024 10:35am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/12/2571339.jpg
Pil dipercayai dadah yang dirampas Kastam negeri Kedah daripada seorang lelaki warganegara Thailand di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada Rabu lalu. Foto Kastam Kedah.




ALOR SETAR - Cubaan seorang warganegara Thailand untuk menyeludup masuk sejumlah 14,000 biji pil dipercayai dadah jenis methamphetamine dan yaba ke negara ini gagal apabila ditahan Kastam negeri Kedah di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada Rabu lalu.


Pengarahnya, Nor Izah Abd Latiff berkata, sepasukan pegawai Kastam Cawangan Penguatkuasaan Narkotik Langkawi telah menahan lelaki berusia berusia 42 tahun itu yang berada dalam keadaan mencurigakan pada jam 2.30 petang.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian, pasukannya menemui satu bungkusan berwarna biru yang dibalut rapi mengandungi 11,600 biji pil methamphetamine seberat 1,102 gram.


“Hasil pemeriksaan rapi terhadap beg pinggang berwarna hitam lelaki terbabit didapati mengandungi 2,400 biji pil yaba seberat 228 gram.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/12/2571338.jpg
Pil dipercayai dadah yang dirampas Kastam negeri Kedah daripada seorang lelaki warganegara Thailand di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada Rabu lalu. Foto Kastam Kedah.



"Jumlah keseluruhan tangkapan adalah sebanyak 14,000 biji pil methamphetamine dan yaba seberat 1,330 gram dengan nilai dianggarkan sebanyak RM210,000,” katanya pada Selasa.
Nor Izah berkata lagi, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras dadah tersebut daripada diedarkan kepada 14,000 orang penagih dadah.



Menurutnya, ujian saringan air kencing telah dilakukan dan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 7 Mac sehingga 13 Mac untuk siasatan lanjut.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/12/2571337.jpg
Anggota Kastam merampas pil dipercayai daripada seorang lelaki warganegara Thailand di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi pada Rabu lalu. FOTO KASTAM KEDAH



“Cubaan mengaburi pihak Kastam dengan melalui kawasan pemeriksaan Kastam tanpa bagasi, hanya membawa bungkusan barangan untuk kegunaan sendiri secara handcarry dengan andaian tidak akan diperiksa oleh pihak Kastam dan akan mendapat pelepasan terus di pintu masuk negara,”ujar beliau.



Tambahnya, kes di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah berbahaya dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan tidak kurang 15 sebatan.
Warga Thailand gagal seludup 14,000 pil dadah - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Warga Thailand gagal seludup 14,000 pil dadah


ADVERTISEMENT