chacon Publish time 12-3-2024 10:46 AM

“Saya Sudah Tiada Perasaan..” – Ajai Tolak Diminta Berganding Dengan Nourul, Mengakui Sudah Tiada Keserasian



Penyanyi dan komposer, Ajai menolak hasrat peminat yang berharap dapat melihat semula gandingan antara dirinya dan bekas isterinya iaitu Nourul Wahab di atas pentas membawa lagu-lagu duet popular mereka.

Tiada keserasian lagi
Menurut Ajai atau Mohd Faizal Maas, dia merasa tiada lagi keserasian antaranya dan Nourul bagi membolehkan mereka kembali duet bersama. Katanya, perkara tersebut tidak boleh dipaksa dan harus ada secara semula jadi.

Bukannya saya tidak profesional tetapi apabila bekerja sebagai penyanyi kita perlu ada keserasian dan keikhlasan.   Sejujurnya saya sudah tiada ada rasa itu lagi dan tidak mahu paksa perasaan itu.

https://www.instagram.com/p/C26IS5IyaI4/

Hubungan baik cuma tidak berhubung
Bukan itu sahaja, menjawab pertanyaan tentang hubungan bersama bekas isterinya itu, penyanyi ini menjelaskan hubungannya masih baik dengan Nourul cuma sudah jarang berkomunikasi lagi-lagi setelah anak perempuan mereka sudah dewasa.

Pada masa yang sama, bekas suami Nourul ini sudah mempunyai beberapa projek bagi merakam semula lagu-lagu bersama Nourul.

Hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah, cumanya komunikasi itu semakin berkurangan apatah lagi anak kami sudah dewasa.   Saya rancang rakam semula lagu-lagu popular bersama Nourul dengan penyanyi wanita lain seperti Elly Mazlein.

https://www.instagram.com/p/C1Emq3Jy95J/

Untuk info, Nourul dan Ajai mendirikan rumah tangga pada Disember 1996 sebelum berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.

sukanyanyi Publish time 12-3-2024 10:55 AM

iols rasa ajay ni mcm dah baik skit menjurikan org sejak kena bash sbb bg 2.00 markah ke brapa tah tu. time2 lain suka je sbb heols jujur. ok gak tu rekod lagu2 tu balik dgn kaklina.. mcm sesuai dgn sheols lagu gedik2 manjah mcmtu.

supernaturalee Publish time 12-3-2024 12:14 PM

projek dgn my friends tu ape ye

yg dh release recording dgn aina abdul hati ini telah dilukai

nama2 lain nmpk ada dayang dgn hafiz dan beberapa nama lagi

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 12:15 PM

Netizen Malaysia ni yg kuban kuban dorang ni

hyie Publish time 12-3-2024 12:49 PM

nak heols duet dengan ctdk lagu Keliru

cm_vungtau Publish time 12-3-2024 01:00 PM

Kesherashian ;P
Pages: [1]
View full version: “Saya Sudah Tiada Perasaan..” – Ajai Tolak Diminta Berganding Dengan Nourul, Mengakui Sudah Tiada Keserasian


ADVERTISEMENT