CARI-HBZ Publish time 12-3-2024 10:29 AM

“Wanita Tak Boleh Terlalu Bergantung Pada Lelaki, Saya Dulu Cerai Tak Dapat Harta Pun” – Che Ta

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/103046t6zn7jnvzgsvltvs.jpg







Pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta berkongsi kepayahan hidup dilaluinya pada usia muda dahulu sebelum dia terjun ke bidang seni.


Kata aktres berusia 51 tahun itu, dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang dan mereka kehilangan bapa pada usianya 15 tahun serta perlu survive tanpa seorang ketua keluarga.


Dia juga pernah tinggal di kawasan flat sebelum dapat merasa kehidupan mewah seperti sekarang.


"Emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya. Emak terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah Tok lah yang menjaga kami adik beadik."


Tambah Che Ta, ketika membesar dia melihat sendiri kepayahan dilalui wanita itu yang perlu bekerja keras untuk membesarkan anak-anak namun emaknya tidak pernah meminta bantuan orang lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/12/102519nilcuti8ts915lrc.png





Kehidupan mereka sekeluarga berubah selepas Che Ta berjaya mendapat kerja sebagai pramugari pada usia 17 tahun dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.


Ujarnya, tiga tahun kemudian dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dengan seorang juruterbang namun perkahwinan itu hanya kekal selama sepuluh tahun.


"Saya kahwin pada usia 20 tahun tapi bercerai pada usia 30 tahun. Lepas cerai, saya tiada pekerjaan serta turun naik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila dan menang kes, saya dapat duit untuk bayar peguam."


Dalam pada itu, Che Ta yang kini sudah 10 tahun berkahwin dengan Zain Saidin dengan tegas berkata dia sentiasa pandang ke depan dan mahu membangunkan diri meski tanpa sokongan lelaki.


Ujarnya, dia mula bangkit dan bekerja dalam bidang peragaan serta lakonan demi menyara kehidupannya dan anak-anak selepas bercerai dahulu.


"Kaum wanita juga tidak boleh hidup terlalu bergantung sangat dengan lelaki. Saya sendiri, bila cerai tak dapat harta apa pun. Selama 10 tahun, saya hidup menjanda sampailah saya kahwin dengan Zain".


https://www.instagram.com/p/C3qMEqTPevY/


Che Ta juga percaya lelaki akan lebih hormat pada wanita jika mereka ada pendapatan sendiri seperti suri rumah yang mampu berbisnes dan menjana pendapatan.


"Saya berlakon pada usia yang agak lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan."


SUMBER : Gempak/Beautifulnara

BoongaKertas Publish time 12-3-2024 10:58 AM

utk 17 yrs old di kala itu dpt gaji rm5k, mewah lah kan? fuh. rezeki sheols.

BoongaKertas Publish time 12-3-2024 11:10 AM

Che Ta juga percaya lelaki akan lebih hormat pada wanita jika mereka ada pendapatan sendiri seperti suri rumah yang mampu berbisnes dan menjana pendapatan.


iols kinda agree dgn statement ni. to be practical, zmn skrg kena akui yg lelaki x semuanya bagus. so yg perempuan kena lah pandai2 jaga diri juga. kena always tanam dlm minda yg suami tu hanyalah pinjaman. either disondol atau dijemput Ilahi. moga yg baik2 jer utk semua. insyaallah.

rosevelvet Publish time 12-3-2024 11:19 AM

BoongaKertas replied at 12-3-2024 10:58 AM
utk 17 yrs old di kala itu dpt gaji rm5k, mewah lah kan? fuh. rezeki sheols.

Betul tahun 1990 kot. Mmg mewahhh

BoongaKertas Publish time 12-3-2024 11:22 AM

rosevelvet replied at 12-3-2024 03:19 AM
Betul tahun 1990 kot. Mmg mewahhh

tulah, then dpt jodoh awal plak. kalau x, mendonia sheols terbang ke sana sini.

BoongaKertas Publish time 12-3-2024 11:24 AM

ok done google ex laki sheols. muka anak2 sejibik muka ex shuben.

kiwibenz Publish time 12-3-2024 11:28 AM

Zain kerja apa skrang?

HappyGumbira Publish time 12-3-2024 12:09 PM

Kali ni iols bersetujulah dengan apa yg che ta ckp

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 12:14 PM

Che ta walau mulut dia hebiaq dia pun janda jaga 2 anak lelaki jgak tapi dia sekali pun xpnah buruk kan bekas suami dia..sampai org yg tanya suami dia dlu sapa..

KamikuP Publish time 12-3-2024 02:26 PM

Knp che ta tarik diri masa jadi peserta heroin remaja eh dewi remaja?

Manusiabesa Publish time 12-3-2024 02:36 PM

Senanya depa nk bg moral support kat bella la ni. Utk bella kuat gerak solo jgn pndang2 blkg lg. Bagus lah. Rakan dlm industri ibarat kakak dan emak2 punya nasihat. Ramai syg bella maknanya bella baik dgn sesama kawan... lemah lembut ,xberkira, ikhlas. Cuma dia perlukan panduan, kata tunjuk, ajaran dan smngt org terdekat utk betindak soon. Emak dia pun dh welcoming dia siap2. Elly suriaty pun kuar statement menyokong bella in indirectly way. Che ta pulak. Smua wanita hebat bersatu. Sian shungai sekor habuk xdtg suport beliau yg hebat as ex budak mrsm langkawi.
{:8_670:}

sukacactus Publish time 12-3-2024 03:04 PM

KamikuP replied at 12-3-2024 02:26 PM
Knp che ta tarik diri masa jadi peserta heroin remaja eh dewi remaja?

Masa tu dia dah nak kawin agaknya
Dewi remaja buat 2 tahun skali masa tu kan

rosevelvet Publish time 12-3-2024 08:18 PM

AWEKSAMURAI replied at 12-3-2024 12:14 PM
Che ta walau mulut dia hebiaq dia pun janda jaga 2 anak lelaki jgak tapi dia sekali pun xpnah buruk...

Sbbtu sheol ramai kwn. X mcm yg utan aji tu.

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 08:21 PM

Manusiabesa replied at 12-3-2024 02:36 PM
Senanya depa nk bg moral support kat bella la ni. Utk bella kuat gerak solo jgn pndang2 blkg lg. Bag ...

Syg nya bella tdk peduli sume tu kihkih maybe dia akan dgr ckp nekrut je nanti kihkih

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 08:21 PM

rosevelvet replied at 12-3-2024 08:18 PM
Sbbtu sheol ramai kwn. X mcm yg utan aji tu.

Hahahahha tu la

sleepandream Publish time 12-3-2024 08:31 PM

pramugara pramugari ni campak mana pon boleh idop...
social skill & survival skill dorg very high

Manusiabesa Publish time 12-3-2024 09:39 PM

AWEKSAMURAI replied at 12-3-2024 08:21 PM
Syg nya bella tdk peduli sume tu kihkih maybe dia akan dgr ckp nekrut je nanti kihkih

Tp kalini bella koyak gila. Dh unfriend ngn alep and kemut kt ig. Aku rasa dia xbengang sgt dgn alep kuat mencurang tu. Tp paling bengang bila bff sndiri tikam blkg. Klu laki kita cinlok dgn org mana jauh2 tu biasa. Tp extra double shot bengang bila bff sndiri punya angkara.

AWEKSAMURAI Publish time 12-3-2024 09:45 PM

Manusiabesa replied at 12-3-2024 09:39 PM
Tp kalini bella koyak gila. Dh unfriend ngn alep and kemut kt ig. Aku rasa dia xbengang sgt dgn al ...

Jadikan pengajaran len kali amal kan sikap laki ku ..laki ku jua...jgn laki ku laki mu. Sporting boleh beb jgn sampai ko open mind dgn kengkawan ko yg single n janda kalau bini org pun jgn.banyak dh bini oeg pun skandal dgn laki org skrg ni

Carcosa Publish time 12-3-2024 11:02 PM

1st marriage - 10 tahun
Menjanda - 10 tahun
2nd Marriage - 10 tahun

Setia jugak Nekta ni

gideoncross Publish time 12-3-2024 11:29 PM

Trend retis2 pompuan kat Msia, lakonan x bnyk tpi lbih kpda hal dlm klambu
Pages: [1]
View full version: “Wanita Tak Boleh Terlalu Bergantung Pada Lelaki, Saya Dulu Cerai Tak Dapat Harta Pun” – Che Ta


ADVERTISEMENT