mattzzx Publish time 12-3-2024 10:28 AM

Arteta 'terpesona' Arsenal di kemuncak liga

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/arteta_1710199552.jpg
Pengurus Arsenal Mikel Arteta

London: Pengurus Arsenal Mikel Arteta melihat perseteruan membabitkan Liverpool dan Manchester City memberi 'untung' kepada pasukannya untuk berada di puncak liga menerusi 10 lagi baki perlawanan.

The Gunners yang kini dalam laluan untuk meraih gelaran dalam tempoh 20 tahun kini mendahului Liverpool dengan perbezaan gol manakala City di tempat ketiga hanya satu mata dalam perebutan tempat pertama liga.

Arsenal meraih kemenangan cukup bermakna hujung minggu lalu apabila mencipta gol pada lewat permainan untuk menumpaskan Brentford 2-1 sekali gus meraih kemenangan untuk kali kelapan berturut-turut sementara Liverpool dan City pula seri 1-1 di Anfield.

"Bagus menjadi juara, yang pasti - ia adalah permainan bola sepak yang menakjubkan dengan dua pasukan yang hebat dan begitu banyak alternatif," kata Arteta pada sidang media pra-perlawanan beliau menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang Porto.



"Saya rasa ini adalah situasi yang menakjubkan bahawa masih dalam situasi bersaing, melihat tahap yang dimiliki kedua-dua pasukan itu dan kami masih di puncak.

"Jadi, hasrat terus membara, kami mahu terus berada di sana, dan kami perlu mengharungi perlawanan demi perlawanan."

Arsenal juga cuba mengakhiri kemarau panjang di Eropah apabila meraih tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara untuk pertama kalinya sejak 2010.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1069217/arteta-terpesona-arsenal-di-kemuncak-liga

Supersirap Publish time 12-3-2024 01:50 PM

Tahniah diucapkan kepada pasukan Arsenal
Pages: [1]
View full version: Arteta 'terpesona' Arsenal di kemuncak liga


ADVERTISEMENT