mattzzx Publish time 12-3-2024 10:26 AM

Ronaldo tak mampu bantu Al-Nassr

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-AFCCHAMPIONS-ANA-AINREPORT_98126546_1710202653.jpg
Tonggak Al Nassr Cristiano Ronaldo menyatakan rasa tidak puas hati kepada pengadil perlawanan Ahmed Al-Kaf

Riyadh: Al-Nassr yang dipimpin Cristiano Ronaldo tersingkir dari Liga Juara-Juara Asia di peringkat separuh akhir selepas pasukan Liga Pro Arab Saudi itu tewas 3-1 dalam penentuan sepakan penalti kepada Al-Ain.

Walaupun Al-Nassr berjaya mengubah keputusan kekalahan 0-1 tempoh hari dengan kemenangan 4-3 semalam menyebabkan keputusan berakhir menerusi agregat 4-4 namun penentuan sepakan penalti dengan Al-Ain berjaya mencipta kejayaan.

Pemain import Al-Nssr Miroslav Brozovic, Alex Telles, dan Otavio, semuanya gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus pasukan dari Emiriah Arab Bersatu melangkah ke separuh akhir berdepan dengan Al-Hilal atau Al-Ittihad - kedua-duanya dari Arab Saudi - pada bulan depan.

Penjaga gol Al-Ain, Khalid Eisa, beraksi cemerlang apabila dia menyelamatkan penalti sulung yang diambil Brozovic manakala Soufiane Rahimi, Kaku, dan Sultan Al Shamsi semua berjaya menjaringkan, kegagalan Otavio bermakna Al-Nassr tersingkir.



Penentuan perlawanan kalah mati itu membawa penghujung dramatik kepada perlawanan yang mendebarkan di Al-Awwal Park yang menampilkan tujuh gol dicipta dan satu kad merah dilayangkan, dengan Al-Ain memperkukuhkan keunggulan peringkat pertama mereka sepanjang 45 minit pertama.

Rahimi, penjaring gol kemenangan untuk Al-Ain pada pertemuan pertama, memastikan pelawat terlebih dulu berada di depan dengan gol pada minit ke-28 dan ke-45 namun gol Abdulrahman Ghareeb lima minit masuk waktu tambahan mengekalkan harapan Al-Nassr.

Alex Telles menyamakan kedudukan agregat 18 minit sebelum masa dengan sepakan percuma sekali gus menumpaskan Eisa.

Pemain Al-Nassr Ayman Yahya diusir keluar selepas melakukan terjahan terhadap Bandar Al-Ahbabi lapan minit dalam masa tambahan dan, satu minit kemudian, Al-Shamsi menganggap beliau telah menjaringkan gol kemenangan apabila memanfaatkan kesilapan Raghid Najjar .


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-AFCCHAMPIONS-ANA-AINREPORT_98127887_1710202656.jpg
Cristiano Ronaldo

Namun, Ronaldo tampil sebagai hero apabila menjaringkan gol menerusi penalti selepas penyerang Portugal itu dijatuhkan di kawasan oleh Saeed Jumaa, membawa perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1069227/ronaldo-tak-mampu-bantu-al-nassr
Pages: [1]
View full version: Ronaldo tak mampu bantu Al-Nassr


ADVERTISEMENT