maklukpenggoda Publish time 12-3-2024 01:29 AM

Neelofa isteri terhebat! Ko mampoooo?

Edited by maklukpenggoda at 12-3-2024 01:31 AM

PETALING JAYA – Menyifatkan Neelofa sebagai isteri hebat, pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menzahirkan apresiasi atas segala pengorbanan suri hatinya itu sepanjang empat tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Ujar Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, nama Neelofa sentiasa terpahat istimewa dalam hati sekali gus lebih daripada bersyukur dapat berkongsi hidup dengan wanita istimewa itu.
“Selamat hari lahir adindaku. Beberapa tahun kebelakangan ini menjadi saksi mata melihat keikhlasan pengorbanan seorang isteri.
“Daripada tanggungjawab sebagai seorang isteri sehinggalah dalam perihal menjaga anak-anak, awaklah (Neelofa) antara yang terhebat terpahat di hati saya.
Tiada rasa lain selain bersyukur setiap saatku melaluinya,” katanya menerusi hantaran khas dalam Instagram bersempena hari lahir ke-35 Neelofa, hari ini.
Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berterima kasih buat isterinya yang melahirkan zuriat mereka serta bertanggungjawab menjaga anak-anak dengan sempurna.
“Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.
“Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga. Tidaklah kuharapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang.
“Terima kasih melahirkan anak-anak kita. Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/10/neelofa-isteri-terhebat-pu-riz

slyfynx Publish time 12-3-2024 05:30 AM

Neelofa Insan Hebat - PU Riz

Bulan lepas dah ade thread ni TT oi.
Baru kuar gua ke?

kakakgarang Publish time 12-3-2024 09:07 AM

nk juga kau ek.. sorry Jah kau teruskan bersama PU Bird kau ni.. herannn pulak

vanillaninja Publish time 12-3-2024 09:21 AM

Thread sempena menyambut Ramadan kah sis :lol:

dewi_rina Publish time 12-3-2024 10:26 AM

Pekat betul bau kari..
Pages: [1]
View full version: Neelofa isteri terhebat! Ko mampoooo?


ADVERTISEMENT