mattzzx Publish time 11-3-2024 04:46 PM

John Cena tidak berbaju di pentas Oscar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/JOHN-CENA.jpg
JOHN Cena membuat kejutan di pentas Oscar 2024 dengan tampil tanpa seurat benang bagi menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik.

KECOH! Pelakon John Cena muncul tanpa seurat benang di pentas Anugerah Akademi atau Oscar 2024 yang berlangsung di Teater Dolby, Hollywood hari ini dengan hanya menutup bahagian kemaluan menggunakan sampul surat dan memakai ‘Birkenstocks’.

Pada acara tersebut, Cena tampil membuat kejutan tersebut bagi menyampaikan anugerah kategori Rekaan Kostum Terbaik.

“Kostum sangat penting. Mungkin benda paling penting.

“Tapi saya tidak boleh buka kad penyampai,” katanya di atas pentas.

Memandangkan Cena sukar membaca kad penyampai tersebut, pengacara John Kimmel keluar dan membantunya menyampaikan anugerah berkenaan.

Bagaimanapun ketika Kimmel ingin menyerahkan anugerah kepada pemenang, Cena tampil dengan mengenakan pakaian seperti kain langsir membalut tubuhnya.

Selain menjadi simbolik untuk kategori kostum, penampilan Cena itu juga mengimbau momen pada Anugerah Oscar 1974 iaitu apabila seorang lelaki berlari tanpa seurat benang di pentas ketika menyambut kehadiran Elizabeth Taylor.

“Boleh bayangkan tak, kalau ada lelaki bogel berlari di tengah pentas hari ini?” Soal Kimmel kepada penonton.

Kimmel juga sempat berseloroh sepatutnya Cena berasa selesa kerana sebagai penggusti, dia kerap tampil di pentas tanpa pakaian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/11/john-cena-tidak-berbaju-di-pentas-oscar/

tumpanglalu74 Publish time 11-3-2024 10:49 PM

John Cena Berbogel Di Anugerah Oscar

Edited by tumpanglalu74 at 11-3-2024 11:41 PM



AMERIKA SYARIKAT: Pentas Anugerah Oscar 2024 digemparkan dengan kemunculan pelakon John Cena 'berbogel' dengan hanya menutup bahagian kemaluan guna sampul surat dan memakai 'Birkenstocks' ketika menyampaikan trofi kategori Rekaan Kostum Terbaik.

"Kostum, ia sangat penting. Mungkin benda paling penting," katanya.

Penampilan Cena itu juga mengimbau kenangan Anugerah Oscar 1974 di mana seorang lelaki bogel berlari di pentas ketika acara menyambut kehadiran Elizabeth Taylor.

"Boleh bayangkan tak, kalau ada lelaki bogel berlari di tengah pentas hari ini?" tanya pengacara, John Kimmel kepada penonton.

Kimmel sempat bergurau dengan mengatakan Cena sepatutnya rasa selesa kerana sebagai penggusti WWE kerana tampil di pentas tanpa pakaian. - AGENSI

sharlenetexas Publish time 11-3-2024 11:10 PM

Sape yg menang best costume design?

Perawankota Publish time 11-3-2024 11:20 PM

sharlenetexas replied at 11-3-2024 11:10 PM
Sape yg menang best costume design?

Apatah Nama org tu, filem Poor Things

ninajaybee Publish time 12-3-2024 12:04 AM

Eloklah. Haritu Miley tayang puting.

annehuda Publish time 12-3-2024 12:55 AM

Die bogel pun body die sedap gak, takde menggelebeh sana sini

Thunderclouds Publish time 12-3-2024 11:35 AM

Lek ler..
Bebird dia xterbang poonn..
Depan blakang ada skin kaler fabrik btampal.

Ahriman Publish time 13-3-2024 08:43 PM

Dia telanjang betul ke?:o
Iols ingat kostum semata.;P

Mary_jane Publish time 13-3-2024 11:36 PM

Ingatkan wrestling sambil naked atas tu. Anyway, thread pasal keghaiban kate middleton takde lagi ke?

delia3003 Publish time 14-3-2024 06:25 PM

Takde la bugil habis, cover depan dan area montot:lol:

mizzmimi Publish time 17-3-2024 08:39 AM

Florence Pugh pun dah bape kali tayang nipple rilek je
Pages: [1]
View full version: John Cena tidak berbaju di pentas Oscar


ADVERTISEMENT