sfhzuraz Publish time 11-3-2024 07:52 PM

Ubah suai tangki kenderaan, seludup 14,000 liter diesel

Ubah suai tangki kenderaan, seludup 14,000 liter diesel

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

11 Mac 2024 07:22pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/11/2570855.jpg
Anggota Kastam menunjukkan tangki lori treler kedua yang diubah suai dan ditahan pada pagi Selasa. Foto Kastam Kedah



BUKIT KAYU HITAM - Kastam negeri Kedah berjaya menahan dua buah lori treler yang diubah suai tangki bagi mengangkut minyak dipercayai diesel untuk diseludup ke negara jiran pada malam Isnin dan pagi Selasa lalu.
Pengarahnya, Nor Izah Abd Latif berkata, sepasukan pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam bersama pegawai dari Cawangan Import Eksport Bukit Kayu Hitam telah melakukan pemeriksaan terhadap dua lori treler bernombor pendaftaran Thailand yang dipandu dua warganegara Thailand di Kompleks Dagangan Berat (Eksport) Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.


Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan, didapati beberapa bahagian lori treler dan semi treler telah diubah suai untuk mengangkut minyak yang dipercayai minyak diesel untuk diseludup ke negara jiran.
"Dua lori tersebut telah disita dan pemandu lori telah ditahan untuk membantu siasatan.


"Hasil pemeriksaan awal mendapati sebanyak 14,000 liter minyak diesel cuba diseludup ke negara jiran dengan anggaran nilai sebanyak RM30,100 dan bagi nilai anggaran untuk kedua-dua lori treler tersebut ialah RM250,000," katanya pada Isnin.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/11/2570854.jpg
Lori treler yang ditahan pada malam Isnin. Foto Kastam Kedah



Jelas Nor Izah, tangki lori dan juga semi treler ini telah diubah suai supaya boleh mengisi lebih banyak minyak diesel dan pengubahsuaian ini juga cuba mengaburi pihak Kastam.Menurutnya, lori tersebut akan membuat sekurang-kurangnya dua hingga tiga perjalanan sehari berulang-alik dari negara jiran ke Malaysia.
"Minyak diesel merupakan komoditi yang memerlukan suatu lesen eksport mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023, Jadual 3, Bahagian 1, Item Nombor 36.
"Kes di siasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967," ujar beliau.
Tambahnya, jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 mengikut mana yang lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana lebih besar atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.



"Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang dari 20 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 40 kali nilai barang atau RM1 juta, yang mana lebih besar atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali," kata beliau lagi.
Ubah suai tangki kenderaan, seludup 14,000 liter diesel - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Ubah suai tangki kenderaan, seludup 14,000 liter diesel


ADVERTISEMENT