CARI-HBZ Publish time 11-3-2024 06:47 PM

Pernah Kencing & Calit Najis Di Muka Anak, Penyanyi Dedah Sikap Sebenar Suami

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/11/184647qtpq9wn5zqt35q1g.png





Tular di media sosial Korea apabila penyanyi Han Areum mendedahkan perbuatan keji bekas suaminya, Kim Young Gul di platform media sosial beberapa hari yang lalu.


Bekas kumpulan muzik T-Ara itu mendakwa bekas suaminya itu juga seorang tahi judi dan sering melakukan keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun mereka berkahwin.


https://www.instagram.com/p/CzKaA07PVq5/


Ujar Han Areum, dia memilih untuk berdiam diri kerana memikirkan anak mereka yang berusia 4 & 1 tahun.


Malah, Kim Yong Gul juga turut dituduh mendera anak-anak mereka dan turut melampirkan foto kesan lebam pada tangan dan wajah si kecil itu.


Selain ditendang jika membuat bising, anak-anak mereka pernah dicalit najis di wajah serta disiram air kencing.


NDoPuMREpVo


Areum mendakwa dia baru mengetahui anak-anaknya didera setelah hadir temu bual untuk pengurusan perceraian dan kedua-dua si kecil itu membuka rahsia bahawa mereka didera ketika prosedur.


“Adakah ini perbuatan seorang manusia?” ujarnya.


Semenaj mengetahui anak-anak mereka didera, penyanyi itu segera mengambil mereka dan sedang berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan.


Sumber : Beautifulnara

KamikuP Publish time 19-3-2024 11:16 AM

kEJINYE PERANGAI

Yoonggi Publish time 19-3-2024 01:29 PM

uiii, buruk tol pangai. mesti nyesal kawen dgn makhluk camtu

manamana123 Publish time 21-3-2024 05:19 PM

dah...dah macam iblis

I.K.A888990 Publish time 28-3-2024 12:52 PM

baru baca tadi dia try nak bunuh diri
Pages: [1]
View full version: Pernah Kencing & Calit Najis Di Muka Anak, Penyanyi Dedah Sikap Sebenar Suami


ADVERTISEMENT