mattzzx Publish time 11-3-2024 04:42 PM

Cools tiada dalam perancangan TFC

https://assets.bharian.com.my/images/articles/RT012548711_1710138672.jpg
Pemain kebangsaan, Dion Cools tidak berada dalam radar Terengganu FC (TFC) bagi musim ini. FOTO REUTERS

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) menafikan desas-desus yang mengaitkan pertahanan tengah skuad kebangsaan, Dion Cools bakal beraksi bersama skuad Penyu itu dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner menjelaskan, pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium itu tidak ada dalam perancangan skuad kendaliannya pada musim ini.

"Kehadiran pemain tengah itu sebagaimana yang disebut-sebut bakal menyarung jersi TFC hanyalah khabar angin sahaja.

"Pemain itu setakat ini tiada dalam perancangan pasukan, lagipun kami sudah mempunyai lima pemain yang bakal menggalas tugas di posisi pertahanan tengah itu termasuk dua tonggak import.



"Jadi sekali lagi saya tegaskan pemain kelab Buriram United dalam Liga Thailand itu tidak bersama TFC pada musim 2024/2025," ujar jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu ketika dihubungi.

Selain pertahanan tengah kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden, TFC juga mempunyai empat lagi bek tengah iaitu Argzim Redzovic (Montenegro) serta tiga pemain tempatan meningkat naik iaitu Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni, Safwan Mazlan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili.

Dengan penafian ketua jurulatih itu sekali gus menamatkan spekulasi yang mengaitkan kapten skuad Harimau Malaya itu bakal menyarung jersi TFC musim ini.

Faktor perbelanjaan berhemah pada musim ini selain kekangan kewangan menyaksikan skuad Penyu itu lebih berhati-hati merekrut pemain baharu.

Terdahulu dalam laman sosial heboh diperkatakan kemungkinan pemain kelahiran Kuching, Sarawak itu bakal memperkukuhkan lagi jentera pertahanan skuad Penyu pada musim baharu ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222201/cools-tiada-dalam-perancangan-tfc
Pages: [1]
View full version: Cools tiada dalam perancangan TFC


ADVERTISEMENT