mattzzx Publish time 11-3-2024 04:27 PM

Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nelayanhilang23_1710141625.jpg
Dua nelayan ditemui terdampar di tepi pantai Tanjung Selangor. FOTO BERNAMA

Kuantan: Dua nelayan yang dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah di sini selepas keluar memancing di laut pagi Sabtu lalu, ditemukan selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, ditemukan di Tanjung Selangor, Pekan.

"Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan sudah digantikan dengan minyak simpanan namun enjin masih gagal berfungsi.

"Mereka tidak melabuhkan sauh bot di laut kerana takut dilanggar kapal besar yang lalu di kawasan terbabit dan hanya membiarkan bot terbabit hanyut sehingga terdampar di tepi pantai Tanjung Selangor, Pekan pada jam lebih kurang 6 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.



Kedua-dua nelayan itu kemudiannya dibawa pulang ke Beserah di sini oleh ahli keluarga mereka.

Media semalam melaporkan dua nelayan terbabit ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi Sabtu dan sepatutnya pulang ke jeti itu pada 6 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069034/dua-nelayan-dilaporkan-hilang-ditemukan-selamat
Pages: [1]
View full version: Dua nelayan dilaporkan hilang ditemukan selamat


ADVERTISEMENT