mattzzx Publish time 11-3-2024 04:26 PM

Ibu kanak-kanak menghilang dicari JKM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm285hilang_1710138944.jpg
BAYI perempuan yang kini berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya, Nur Shafiqah Mohd Faris sejurus dilahirkan di Hospital Port Dickson. FOTO ihsan JKM Port Dickson

Port Dickson: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan di Hospital Port Dickson sejak dilahirkan tiga tahun lalu.

Pegawai JKM Port Dickson Mohammad Taufiq Abdul Rahman berkata, kanak-kanak itu dilahirkan pada Januari 2021 di Hospital Port Dickson.

"Nama ibunya Nur Shafiqah Mohd Faris dan lokasi terakhir dikesan di Muar, Johor dan berbangsa Melayu, warganegara Malaysia.

"Namun kami tiada maklumat bapa kanak-kanak ini, cuma lokasi terakhir ibu di Muar tetapi kami tidak tahu alamatnya.


"Pada waktu itu, ibu kanak-kanak ini masih dapat dikesan namun pada tahun ini, dia ini tidak dapat dikesan bagi tujuan Penyambungan Perintah Kanak-Kanak," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu atau waris kanak-kanak ini diminta hubungi JKM Port Dickson di talian 06-6471920.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069019/ibu-kanak-kanak-menghilang-dicari-jkm
Pages: [1]
View full version: Ibu kanak-kanak menghilang dicari JKM


ADVERTISEMENT