sfhzuraz Publish time 11-3-2024 02:23 PM

Reman lelaki laku amang seksual terhadap kanak-kanak disambung 7 hari

Reman lelaki laku amang seksual terhadap kanak-kanak disambung 7 hari


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gari_1710135860.jpg
GAMBAR hiasan



Georgetown: Reman bagi lelaki warga asing yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berhampiran Kompleks Bukit Jambul di sini, disambung tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, permohonan terhadap lelaki berusia 30-an itu dibuat selepas tempoh reman selama tiga hari berakhir hari ini.
"Tempoh reman suspek dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok hingga 18 Mac ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan penahanan lelaki warga Nepal, dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berhampiran Kompleks Bukit Jambul di sini, Khamis lalu.


Disiarkan pada: Mac 11, 2024 @ 1:44pm


Reman lelaki laku amang seksual terhadap kanak-kanak disambung 7 hari (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Reman lelaki laku amang seksual terhadap kanak-kanak disambung 7 hari


ADVERTISEMENT