mattzzx Publish time 11-3-2024 11:59 AM

Real Madrid kembali selesa di puncak La Liga

https://assets.bharian.com.my/images/articles/arcagw4gwsdvs_1710126602.jpg
Pemain Real Madrid, Arda Guler menjaringkan gol pertamanya untuk kelab ketika aksi La Liga menentang Celta Vigo di Santiago Bernabeu, Madrid. - Foto AFP



MADRID: Pendahulu La Liga, Real Madrid kembali melebarkan jurang kepada tujuh mata selepas menewaskan Celta Vigo 4-0 di laman sendiri.

Vinicius Junior membuka jaringan di babak pertama aksi di Santiago Bernabeu sebelum dua gol sendiri Celta yang dikendali bekas bos Madrid, Rafa Benitez memastikan kemenangan buat tuan rumah.

Rudiger menanduk bola tetapi terkena palang sebelum melantun ke belakang penjaga gol Celta, Vicente Guaita dan melintasi garisan gol ketika permainan berbaki 11 minit.

Celta sekali lagi menjaringkan gol sendiri apabila Carlos Dominguez tertampan bola hantaran lintang Vinicius Junior ke gawang sendiri.



Pemain Turki, Arda Guler, yang musim pertamanya di Sepanyol dilanda kecederaan, masuk sebagai pemain gantian dan meledak gol pertamanya untuk Madrid dalam masa kecederaan.

Madrid kendalian Carlo Ancelotti terpaksa turun tanpa penjaring terbanyak liga musim ini, Jude Bellingham yang digantung dua perlawanan kerana kad merah ketika menentang Valencia hujung minggu lalu.

Madrid seri 1-1 menentang RB Leipzig pada Rabu, tetapi ia sudah mencukupi untuk membawa mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan kemenangan 2-1 secara agregat. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1222096/real-madrid-kembali-selesa-di-puncak-la-liga
Pages: [1]
View full version: Real Madrid kembali selesa di puncak La Liga


ADVERTISEMENT