mattzzx Publish time 11-3-2024 10:47 AM

Demi bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Rakhi Sawant berbikini ketika uji bakatr

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F10%2F2584739.jpg
Rakhi sememangnya peminat Shah Rukh Khan.

DEMI mendapatkan watak dalam Main Hoon Na, pelakon seksi Rakhi Sawan sanggup tampil berbeza semasa menghadiri uji bakat filem tersebut.

Pengarah filem berkenaan Farah Khan memberitahu ketika Rakhi hadir ke uji bakat tersebut dia muncul dengan memakai burka.

Farah bagaimanapun terkejut dengan penampilan tersebut memandangkan watak ditawarkan mengisahkan seorang wanita sosial.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/10/2584733.jpg

Antara babak yang dilakonkan Rakhi di dalam Main Hoon Na.

Bagaimanapun tanpa disangka, Rakhi menanggalkan burka dipakai dan memperlihatkan dia hanya mengenakan bikini bagi menzahirkan watak tersebut.

Farah memberitahu dia turut memberi Rakhi baju untuk menutup badannya yang terdedah namun pelakon itu tidak kisah tubuhnya terdedah dalam bilik uji bakat.



"Saya rasa awak cantik juga jika tertutup sedikit," katanya memetik Indian Express.

Teruja dirinya diterima berlakon, Rakhi sempat berpesan kepada Farah untuk membuatnya berdiri di sebelah Shah Rukh Khan.

Main Hoon Na merupakan filem pertama Rakhi dan pernah hit sekitar tahun 2004.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/11/demi-bergandingan-dengan-shah-rukh-khan-rakhi-sawant-berbikini-ketika-uji-bakat

lolipopmanish Publish time 15-3-2024 11:27 PM

Eeee sanggup sheols yee
Pages: [1]
View full version: Demi bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Rakhi Sawant berbikini ketika uji bakatr


ADVERTISEMENT