mattzzx Publish time 11-3-2024 10:45 AM

Kate Winslet tak minat nak kurus

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/KATE-WINSLET-e1710061243739.jpg
KATE WINSLET

AKTRES Kate Winslet mengakui tidak berminat untuk menurunkan kurus walaupun sedar dirinya kini mengalami penambahan berat badan mendadak.

Menerusi temu bual bersama majalah The New York Times, pelakon berusia 48 tahun itu diminta mengulas tentang sejenis ubat yang dikenali sebagai ozempic.

Difahamkan, ubat tersebut kini menjadi bualan kerana membantu untuk menurunkan berat badan.

“Saya pernah dengar tentang ubat tersebut (ozempic). Tapi tidak tahu fungsi ubat tersebut,” katanya.

Selepas mengetahui fungsinya untuk menurunkan berat badan, pelakon filem Titanic itu memberikan respons tidak berminat. Selain takut kesan buruk, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang.

“Maaf, saya tidak berminat. Saya lebih suka makan dan gembira dengan bentuk tubuh saya hari ini,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03/11/kate-winslet-tak-minat-nak-kurus/
Pages: [1]
View full version: Kate Winslet tak minat nak kurus


ADVERTISEMENT