mattzzx Publish time 11-3-2024 10:25 AM

Wanita tahan sakit tiga jam cincin tersangkut di jari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM1103cin_1710117975.jpg
BOMBA membantu menanggalkan cincin yang tersangkut pada jari manis tangan kiri seorang wanita dengan menggunakan peralatan khas pemotong cincin. FOTO Ihsan BOMBA

Sik: Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin di jari manis tangan kirinya tersangkut dan sukar ditanggalkan.

Berikutan itu, wanita berusia 27 tahun itu kemudian datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, pagi ini, dengan ditemani suaminya, untuk meminta bantuan anggota bomba untuk menanggalkan cincin berkenaan.

Ketua Balai BBP Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, wanita itu datang ke BBP Sik pada 8 pagi untuk meminta bantuan bagi kes berkenaan.

Beliau berkata, anggotanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan khas pemotong cincin (ring's cutter).



"Operasi dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan pada jari mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan hanya mengalami bengkak di jari manis akibat kesan cincin tersangkut itu," ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan wanita supaya berhati-hati ketika memakai aksesori dan jangan pakai jika ia tidak boleh disarung pada jari mereka.

Beliau berkata, ia boleh mendatangkan kecederaan atau sakit jika tersangkut atau tersesat terlalu lama.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068887/wanita-tahan-sakit-tiga-jam-cincin-tersangkut-di-jari
Pages: [1]
View full version: Wanita tahan sakit tiga jam cincin tersangkut di jari


ADVERTISEMENT