mattzzx Publish time 11-3-2024 10:03 AM

City terselamat dari 'tsunami' Liverpool

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-PR-LIVERPOOL-MAN_CITY_1710112165.jpg
PERTEMBUNGAN antara Liverpool menentang City di Anfield. -FOTO AFP

Liverpool: Pep Guardiola berkata Manchester City terselamat daripada "tsunami" Liverpool pada untuk masa kedua untuk memastikan keputusan seri 1-1 yang menyebabkan tiga pasukan dipisahkan dengan hanya satu mata di puncak Liga Perdana.

Arsenal kini mendahului puncak liga dengan perbezaan gol mengatasi Liverpool dengan juara bertahan City hanya ketinggalan satu mata di tempat ketiga.

Guardiola masih mencari kemenangan di hadapan penonton di Anfield kerana satu-satunya kemenangan City sejak 2003 adalah ketika perlawanan tertutup pada 2021.

Bagaimanapun, City gembira dapat mencuri satu mata selepas Liverpool melancar serangan ke atas kubu City dan penalti Alexis Mac Allister membatalkan gol pembukaan John Stones pada babak pertama.



Pertembungan terakhir Liga Perdana antara Jurgen Klopp dan Guardiola tidak mengecewakan apabila Liverpool bangkit di separuh masa kedua mempamerkan aksi mengagumkan biarpun dihantui dengan kecederaan pemain.

Skuad kendalian Klopp terlepas banyak peluang dalam usaha mematahkan rentak City merangkul tiga kejuaraan berturut-turut malah turut dinafikan penalti kedua pada masa kecederaan.

"Saya fikir itu adalah perlawanan yang menjelaskan keadaan kedua-dua kelab selama bertahun-tahun," kata Guardiola.

"Lambat atau cepat di dalam stadium ini akan menjadi seperti tsunami!"

Keputusan itu menyaksikan Arsenal memimpin carta liga selepas lapan kemenangan liga berturut-turut dan mereka akan bertandang ke City untuk perlawanan liga seterusnya 31 Mac ini.

Tetapi Klopp yakin pasukannya akan tampil lebih berkeyakinan dan meraih gelaran pada musim terakhirnya selepas memaksa City bertahan selepas rehat.

"Hari ini saya melihat 53 minit terbaik (separuh masa kedua) kami menentang Manchester City. Sungguh luar biasa cara kami bermain," kata Klopp.

"Ia adalah antara momen terbaik dalam karier kejurulatihan saya yang kami dapat melakukannya menentang mereka.

"Satu-satunya perkara yang saya boleh katakan pada masa ini ialah kami benar-benar berada dalam perlumbaan kejuaraan.

"Mengenai prestasi kami hari ini, saya melihat pasukan berada di kedudukan yang betul - sekarang mari lihat apa yang boleh kami lakukan."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068880/city-terselamat-dari-tsunami-liverpool
Pages: [1]
View full version: City terselamat dari 'tsunami' Liverpool


ADVERTISEMENT