mattzzx Publish time 11-3-2024 10:01 AM

Masa untuk peminat Spurs 'teruja'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-AVA-TOT_REPORT_1710120983.jpg
HEUNG-MIN ledak gol ketiga Spurs. -FOTO Reuters

London: Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou berkata peminat sekarang boleh "teruja" selepas mereka membelasah Aston Villa yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 seterusnya meningkatkan harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Biarpun tewas Villa masih kekal di tangga keempat Liga Perdana, Spurs di tangga kelima kini hanya ketinggalan dua mata di belakang pasukan Unai Emery dengan memiliki satu perlawanan dalam tangan.

"Ia adalah perlawanan besar dan penting," kata Postecoglou.

"Dengan persembahan seperti ia kami perlu mengucapkan terima kasih kepada semua orang.



Jika Villa menang semalam, mereka akan mendahului lapan mata mengatasi Spurs yang berkedudukan tempat kelima Liga Perdana seterusnya menjamin tempat dalam pertandingan kelab elit bola sepak Eropah.

Sebaliknya pelawat mengawal pertandingan pada separuh masa kedua dengan gol James Maddison dan Brennan Johnson sebelum kapten tuan rumah, John McGinn dibuang padang kerana mengasari Destiny Udogie.

Son Heung-min dan pemain gantian Timo Werner - dengan gol pada masa kecederaan melengkapkan kekalahan 4-0 untuk pasukan utara London itu.

"Teruja? kenapa tidak," tambah Postecoglou. "Penyokong, dengan apa yang dipersembahkan dan keputusan seperti itu dalam perlawanan yang penting, anda perlu menikmatinya.

"Ini bermakna kami semakin hampir dengan hanya tinggal 11 perlawanan lagi. Semua orang menganggap ini sebagai 'do-or-die' untuk kami. Saya menganggap kami belum mati lagi."

Menurut pakar data Opta, kemenangan meyakinkan Tottenham di Villa Park bermakna mereka kini mempunyai peluang 54 peratus untuk menamatkan musim di empat teratas, berbanding hanya 40 peratus untuk Villa dan 2 peratus untuk Manchester United yang berada di tempat keenam..
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068895/masa-untuk-peminat-spurs-teruja
Pages: [1]
View full version: Masa untuk peminat Spurs 'teruja'


ADVERTISEMENT