sfhzuraz Publish time 10-3-2024 07:09 PM

Dua nelayan hilang selepas keluar memancing

Dua nelayan hilang selepas keluar memancing


BERNAMA


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/KT131023GK008_%281%29_1710063940.jpg
GAMBAR hiasan


Kuantan: Dua nelayan dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah, di sini selepas keluar memancing ikan di laut, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, yang kedua-duanya beralamat di Beserah, di sini pada 11.52 pagi, hari ini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima kedua-dua lelaki berkenaan telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam, dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.
Katanya kedua-dua mangsa dipercayai kali terakhir dilihat sedang memancing di lokasi kira-kira 47 kilometer dari kawasan pantai oleh rakan mereka yang ketika itu dalam perjalanan hendak balik ke jeti sekitar 3 petang.
"Mengikut maklumat yang diterima, terdapat lapan bot yang keluar memancing dan memukat ikan namun kesemuanya telah balik ke jeti melainkan bot mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata pihaknya dimaklumkan kedua-dua lelaki itu membawa alat sistem pengesan global (GPS) dan jaket keselamatan bersama namun telefon bimbit tidak dibawa.
Beliau berkata usaha mencari nelayan berkenaan turut dijalankan sekitar 7.30 pagi ini oleh rakan mereka di lokasi mangsa dikatakan memancing semalam, tetapi gagal dikesan kerana laut bergelombang.
Katanya operasi mencari dan menyelamat kedua-dua lelaki itu sedang dijalankan.


Disiarkan pada: Mac 10, 2024 @ 5:46pm


Dua nelayan hilang selepas keluar memancing (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Dua nelayan hilang selepas keluar memancing


ADVERTISEMENT