sfhzuraz Publish time 10-3-2024 06:55 PM

Dua anggota polis disyaki berkhalwat, ditukar kerja serta-merta

Dua anggota polis disyaki berkhalwat, ditukar kerja serta-merta


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 10, 2024 @ 6:14pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/khalwat_1710065677.jpg
Gambar hiasan



GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengarahkan dua anggotanya yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kerana disyaki berkhalwat semalam, ditukarkan jabatan serta-merta.
Selain itu, kedua-dua anggota yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal itu turut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata ketika ditahan, dua anggota terbabit bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.
"Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan dua penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan JHEAIPP dalam serbuan jam 1.30 pagi, di sebuah hotel di Tanjung Tokong, di sini.
Serbuan dilakukan selepas suami kepada wanita terbabit membuat aduan kepada JHEAIPP yang mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat, ditukar kerja serta-merta (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Dua anggota polis disyaki berkhalwat, ditukar kerja serta-merta


ADVERTISEMENT