mattzzx Publish time 10-3-2024 05:33 PM

Zamri yakin Kedah pentas lonjak prestasi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2024-03-10_at_10.54.46_AM_1710062421.jpg
Pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohamad Zamri Pin Ramli teruja untuk memulakan aksi bersama Sang Kenari. - Foto KDA FC

ALOR SETAR: Pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohamad Zamri Pin Ramli yakin Sang Kenari sebagai pentas terbaik buatnya untuk terus meningkatkan prestasi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selain keazaman tinggi untuk mempamerkan bakat yang ada pada dirinya, bekas pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) itu turut bertekad membuka peluang layak dipanggil ke skuad kebangsaan.

Sambil meluahkan rasa syukur selepas menerima tawaran KDA, Mohamad Zamri berkata peluang yang diperoleh bersama Sang Kenari tidak akan disia-siakan.

"Syukur dapat kembali menabur bakti di negeri kelahiran saya dan saya turut rasa bangga kerana ini kali pertama saya mewakili Kedah sejak saya memulakan kerjaya dalam arena bola sepak.



"Saya berasal dari Kedah, namun saya banyak merantau dengan menyertai kelab lain dalam Liga M yang mana FELDA United kelab pertama saya.

"Kini matlamat dan impian saya untuk mencapai impian mewakili Malaysia. Saya percaya KDA pentas terbaik untuk mempamerkan bakat yang ada pada diri saya," katanya.

Bek kiri berusia 32 tahun itu menimba banyak pengalaman dalam Liga M apabila pernah beraksi bersama FELDA United, Young Fighters, Penang FC, Petaling Jaya (PJ) City FC dan Negeri Sembilan FC.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1221901/zamri-yakin-kedah-pentas-lonjak-prestasi
Pages: [1]
View full version: Zamri yakin Kedah pentas lonjak prestasi


ADVERTISEMENT