mattzzx Publish time 10-3-2024 05:32 PM

KPN buat lawatan mengejut ke rumah anggota, pesara polis

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gembira_1710062784.jpg
Razarudin bersama isteri menziarahi dan menyantuni Mustamin di kediaman pesara polis itu. - Foto ihsan Facebook PDRM

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, membuktikan komitmen terhadap soal kebajikan anak buahnya apabila melakukan beberapa lawatan mengejut, termasuk ke atas seorang anggota polis yang mengalami strok sehingga hilang keupayaan.

Lawatan bermula pada Jumaat lalu yang menyaksikan Razarudin menyantuni anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Koperal Detektif Ganeshwaran Sithambaram, di kediamannya di Kajang, Selangor.

Ganeshwaran mengalami strok pada 5 September 2020 sehingga hilang keupayaan pergerakan kaki dan tangan kiri, selain tidak dapat bertutur dengan sempurna.

Rakaman video TikTok rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dalam lawatan itu, Razarudin bertanya khabar dan perkembangan terkini kesihatan Ganeshwaran yang dilihat semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.



Beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan, selain memberi kata-kata semangat kepada Ganeshwaran dan isterinya.

Tidak berhenti di situ, Razarudin bersama isteri, Puan Sri Zainah Othman yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, kemudian menziarahi pesara polis merangkap bekas anggota Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mustamin Shahabudin, 61, di rumahnya di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Malah, pasangan itu turut memenuhi permintaan Mustamin yang kehilangan kaki kanan akibat penyakit kencing manis dan bergerak menggunakan kerusi roda, untuk merakamkan detik pertemuan bermakna itu, sekali gus memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Seterusnya hari ini pula, Razarudin mengunjungi anggota Unit Rondaan Bermotosikal, IPD Kulim, Koperal Muhammad Khairul Syafiq Ahmad, 33, yang terbabit kemalangan ketika menjalankan penugasan pada 16 Julai 2022.

Dalam kejadian jam 9.51 pagi itu, Muhammad Khairul dengan menunggang motosikal, mengejar sebuah lori jenis Nissan Frontier yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Lebuh Raya Perdana, Jalan Kulim-Serdang.

Bagaimanapun, motosikal ditunggang Muhammad Khairul dihimpit lori itu yang dipandu secara melulu dan berbahaya, sebelum terbabas dan menyebabkannya mengalami kecederaan serius di kepala.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1221903/kpn-buat-lawatan-mengejut-ke-rumah-anggota-pesara-polis
Pages: [1]
View full version: KPN buat lawatan mengejut ke rumah anggota, pesara polis


ADVERTISEMENT