mattzzx Publish time 10-3-2024 04:28 PM

Polis buru penunggang motosikal didakwa sengaja cetus kemalangan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fakemmir1_1710058490.jpg
FOTO tangkap layar tular memaparkan lelaki yang didakwa sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya di sekitar kawasan bandaraya, dengan niat mahu meminta sejumlah wang. FOTO Tular

Georgetown: Lelaki yang tular selepas didakwa sengaja menyebabkan kemalangan dengan niat untuk meraih wang ganti rugi, dalam buruan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan lelaki itu daripada orang awam pada Disember lalu.

Katanya, suspek didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di sekitar bandar raya ini, Jalan Masjid Negeri, Bukit Gambir, Taman Lin Sin dan Taman Tun Sardon.

"Setakat ini satu laporan diterima berhubung kejadian itu dan usaha menjejak suspek masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal yang didakwa sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain, sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan berkenaan.

Dia kemudian didakwa meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 dengan alasan cermin sisi motosikalnya patah.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068733/polis-buru-penunggang-motosikal-didakwa-sengaja-cetus-kemalangan
Pages: [1]
View full version: Polis buru penunggang motosikal didakwa sengaja cetus kemalangan


ADVERTISEMENT