mattzzx Publish time 10-3-2024 03:48 PM

SPFC percaya sentuhan Saravanan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sufian10_1710053092.jpg
CEO SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang. -FOTO NSTP

Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) percaya kehadiran T Saravanan mampu memperkasakan Sri Pahang FC dalam membentuk persembahan meyakinkan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata kebolehan dan kemampuan yang dimiliki pemain skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu diharap memberi perkhabaran positif buat skuad Tok Gajah.

"Sudah pasti pengalaman dimiliki Saravanan akan menambah lagi kekuatan pasukan dan kelab mahukan yang terbaik.

"Saya percaya Saravanan mampu memberikan persembahan meyakinkan seperti yang dilakukan bersama skuad B-23," katanya.


Saravanan antara enam pemain baharu tempatan yang menyertai Sri Pahang musim baharu termasuk Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif.

Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) City FC itu mengikat kontrak dua musim bersama Sri Pahang.

Pada masa sama, Mohammed Suffian berkata, semua pemain yang sudah menjalani latihan kira-kira tiga minggu lalu berada pada prestasi terbaik.

Katanya, fokus latihan yang dikendalikan ketua jurulatih, Fandi Ahmad ialah lebih kepada kecergasan dan membentuk persefahaman.

"Oleh itu kelab mengharapkan tempoh dua bulan ini sebelum saingan Liga M bermula Mei depan, yang menggabungkan pemain lama dan baharu merekodkan pencapaian lebih baik berbanding musim lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068699/spfc-percaya-sentuhan-saravanan
Pages: [1]
View full version: SPFC percaya sentuhan Saravanan


ADVERTISEMENT