mattzzx Publish time 10-3-2024 03:47 PM

Mahu bawa pulang satu mata

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pangon13a_1710052719.jpg
PAN-GON bersama skuad kebangsaan - FOTO FAM

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon tidak mahu pulang dengan tangan kosong apabila meletakkan sasaran untuk menggenggam sekurang-kurangnya satu mata ketika berkunjung ke Muscat, Oman, 22 Mac depan.

Walaupun dilihat agak sukar untuk meraih keputusan positif berdasarkan ranking Oman yang berada di kedudukan 80 dunia, namun pengendali berasal dari Korea Selatan itu akan pastikan barisan anak buahnya berjuang habis-habisan bagi meraih mata berharga.

Pan-gon berkata, Harimau Malaya perlu mendapatkan mata penting supaya berpeluang cerah ke pusingan seterusnya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

"Kami perlu dapatkan mata, sangat sukar pasukan ranking 132 (Harimau Malaya) menentang ranking 80, sangat sukar. Perlawanan di tempat lawan dan perbezaan waktu, kami tidak pergi awal untuk menyesuaikan diri.


"Kami hanya pergi ke sana beberapa hari untuk persiapan. Jika mahu pergi ke pusingan seterusnya, saya fikir kami harus dapatkan sekurang-kurangnya satu mata dan harap kami dapat melakukannya," katanya.

Selepas menentang Oman di Muscat, skuad Harimau Malaya kemudian akan melayan kunjungan pasukan kendlian Jaroslav Silhavy itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 22 Mac depan.

Harimau Malaya memimpin saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Kyrgyzstan (4-3) dan Taiwan (1-0) dalam dua aksi awal sebelum ini, manakala Oman yang menundukkan Taiwan sebelum tewas kepada Kyrgyzstan berada di tangga kedua dengan tiga mata.

Selain itu, Pan Gon turut menjelaskan tindakannya memanggil 33 pemain bagi kem latihan pusat dengan mengekalkan seramai 21 daripada 26 pemain yang berada dalam skuad Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu.

Pengendali berusia 54 itu turut memanggil beberapa tonggak skuad bawah 23 (B-23) tahun yang bakal menghadapi Piala Asia B-23, bulan depan.

"Berdasarkan pendekatan taktikal dan penilaian teknikal, jadi kami buat keputusan untuk senarai (33) pemain ini terutama pemain muda.

"Kami mahu melihat muka baharu dan kami juga mahu membentuk satu persaingan di sini. Selepas 15 Mac, kami perlu kurangkan dari 33 kepada 25 pemain.

"Kita akan lihat persaingan di samping kami cuba bantu pemain B-23 sebelum mereka memulakan kem latihan pusat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068695/mahu-bawa-pulang-satu-mata
Pages: [1]
View full version: Mahu bawa pulang satu mata


ADVERTISEMENT