mattzzx Publish time 10-3-2024 03:31 PM

Maskot katak ceriakan suasana di hari pertama sekolah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-10-at-1.48.22-PM-e1710055421275.jpeg
Maskot katak menyambut kedatangan murid-murid ke SK Tengku Mahmood Iskandar 2 pada sesi persekolahan tahun 2024/2025 di Pontian, Johor, hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI/ KOSMO!

PONTIAN – Seramai 214 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmood Iskandar 2, di sini ceria apabila kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan bagi sesi 2024/2025 disambut dengan maskot katak.

Guru Besar, Siti Fatimah Alip, bersama barisan pentadbir dan guru-guru menyambut kedatangan murid seawal pukul 7.00 pagi tadi.

Menurut Siti Fatimah, kehadiran maskot katak menyambut kedatangam murid-murid berjaya mewujudkan suasana ceria pada hari pertama persekolahan di Johor pada tahun ini.

“Ia seiring dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk melahirkan suasana murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.

“Bagi minggu pertama ini, tiada pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang mana pihak sekolah akan mengadakan aktiviti menjurus kepada kemesraan hubungan antara guru dan murid serta komuniti,” katanya ketika di sini hari ini.

Tambah Siti Fatimah, pihaknya juga mengalu-alukan kehadiran dua pasangan kembar bagi murid tahun dua, Goh Jin Tian dan Goh Xio Tian dan Sharvin a/l Logeswaran dan Sharvina a/l Logeswaran.

“Satu lagi pasangan kembar Nurul Najla Arissa A. Jalil dan Ahmad Nazhan Ayish A. Jalil yang berada di tahun lima,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/10/maskot-katak-ceriakan-suasana-di-hari-pertama-sekolah/
Pages: [1]
View full version: Maskot katak ceriakan suasana di hari pertama sekolah


ADVERTISEMENT